MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Monday, 2 September 2019

Makan di MAKAN CULTURE The Mines Seri Kembangan

15:06 0 Comments
Isnin - 2 September 2o19 


Hari ketiga (Cuti Merdeka dan Awal Muharram). 

Harini merupakan cuti ganti untuk Awal Muharram yang jatuh pada hari Sabtu (1 Sept 2o19). 

2 hari dah berjalan sana sini. Kaki ni memang lenguh tak sangga laaa (kata orang Kedah)..

Disebabkan Sabtu haritu lepas balik tengok Merdeka (link) , kita ke The Mines sebab nak naik cruise. Tapi boat yang kita nak naik tu dah tutup. Last boat 6pm . Kita sampai kul 5.45 petang camtu. Dah full katanya. So kena la p awal untuk book dulu (tapi perlu book hari yang sama).

So harini rancangan kita nak ke Waterpark gagal lagi (gara-gara seluar swim abi tak dikesani) hahaa so kita tunaikan janji yang Irdina minta. 

So pagi ni kita ke sini. Masa sampai tu dah nak dekat jam 11 pagi. So kita terus menuju ke kaunter tiket Cruise memandangkan takut kehabisan tiket.

Bila sampai je kat kaunter tiket. Orang tu bagitau jam 1.30 boat paling awal yang masih ada kekosongan. Tu pun hanya 4 slot. Then umi abi terus block booking la.. Nasib la pergi kaunter dulu sebab abi ajak makan dulu. Hahahaa Kalau tak.. Lagi lambat laaa...


Selesai tempah tiket, kita mencari makanan. So dalam banyak-banyak kedai kita pilih kedai ni ...




Air kita order Ice Lemon Tea dan Hot Chocolate. ACtually abi tersilap nak order Chocolate Ice. Tapi air ni 1st order (cam biasa - kita selalu berkongsi). 2nd order kita tambah air Ice Lemon Tea juga. Owh ya, Hot Chocolate tu agak menghambarkan. Ceroii orang Kedah kata. 
  


Makanan pula kita order nasi goreng cina (Irdina) dan CHicken ButterMilk (Abi) dengan nasi putih. Umi cam biasa la share ngan Irdina. Tu pun tak habis. Hahahaa









Alhamdulillah selesai makan kita melepak sementara menunggu waktu (1.20petang ke Cruise).

Jom kita naik Cruise ---> CLICK HERE

Sunday, 1 September 2019

Jalan-Jalan ke Genting Highlands

22:00 0 Comments
Ahad ~ 1 September 2o19 


Cuti Sekolah ~~

Harini dah tak tau ke mana gara-gara plan nak ke Melaka tak jadi (takut jem) hahahaa..

So abi ajak naik Genting or ke Janda Baik. Irdina lagi suka lahhh... Ajak naik Genting... Kira nak berjalan je.. Heeee

So pagi ni kita bertolak lah ke Genting. Alhamdulillah jalan kurang sesak sebab semalam dah jem teruk (actually semalam nak g Kuantan, tapi tak jadi tengok waze jalan jemmmss).. Tapi harini ada la jem sikit2 sangkut.. Cuma tak melekat jem panjang...

Alhamdulillah selamat sampai atas.. Macam biasalah acapkali naik Genting ni dada umi mesti dupp dupp sebab abi ni jenis tak reti nak drive leklok.. Jumpa corner je dia nak laps.. Fuuuuhhhhh berderau je rasa... Bila naik Genting rasa insaf nak datang lagi.. Tapi tetap datang juga.. Hahahahaa


Kali ni naik enjoy-enjoy je. Takde focus. Cuma nak stay hotel tu 50-50. So jalan-jalan je la.
Dalam jalan-jalan tu habis juga la kat RM200 (Makan n Tiket)...

Tiket untuk 1 permainan RM15.00 (Tak kira dewasa atau kanak-kanak).  Harga ni sebab kita p time Public Holiday.
Tapi tak semua permainan kanak-kanak boleh naik. Kena tengok ketinggian.
Ada aras perlu naik bersama parents. Ada aras tak boleh langsung naik.

Untuk pakej pula RM60.00 tak silap. Tiket ni akan diberi gelung tangan. So hanya seorang je boleh naik semua permainan (tak boleh nak passing passing gelung tu). Actually pakej ni lebih jimat kalau memang niat nak naik banyak permainan. Umi abi pun tak perasan mula-mulanya. Terus beli tiket satu-satu. So abi kata lepas ni kita datang awal pagi. Kita beli yang pakej, naik semua permainan sampai muntah. Hahahahaa.

Untuk kali ni kita just beli 3 tiket je dulu. (RM45.00). Beli di kiosk (lupa nak snap gambar). So 3 tiket tu Irdina nak naik keretapi. Keretapi tu bila diukur ketinggian perlu naik dengan parents. So abi lah menjadi mangsanya memandangkan umi dah rasa kegugupan jantung nak naik benda-benda camtu.

So tinggal lah 1 tiket lagi. 1 tiket lagi Irdina naik ni (gambar kat bawah). Umi tak tau la apa namanya benda ni. Hahahaa so yang ni Irdina boleh naik seorang diri.

So setellah 3 tiket tu. Nanti-nanti kita datang lain kita naik semua yaaaaaa...

Maka berlalulah keluar kita dari sini. So kita berjalan ke tempat permainan yang mula-mula kita jumpa. Sini permainannya banyak mainan kanak-kanak (alaaa cam kat Mall tu).

So untuk main permainan ni pula dah takde token-token ye. Zaman sekarang ni zaman nak habiskan duit. So dorang buat style kena beli kad. Kalau dah ada kad tu just topup je duit. Memandangkan kita belum ada kad (Kad Genting warna merah untuk point pun dah hilang), so terpaksalah beli kad ni. Belian minimum RM20.00 (isi dalam ada 20 point). Nak taknak kenalah beli sebab Irdina nak main. Dah satu hal nak habiskan point ni pula sebab point ni ada masanya (30 hari je tak silap). 

So ejas la permainan tu bagi mengabiskan point tanpa tinggal seringgit pun. Hahahaa
Kalau takkk.. Rugi la kannn...

Alhamdulillah setel untuk harini. Kita turun pun dah malam. 8.30malam camtu. Abi suruh usha hotel tadi. Awal tadi 100 lebih je, ni dah jadi 300+. so kita tidur hotel rumah je la yer.. Alhamdulillah selamat sampai uma jam 10.oo lebih camtu la..

Keterangan lanjut boleh ke website Resort World Genting

Gambar kenangan 






























Alhamdulillah..
Sekian coretan untuk masa nie..


Enjoyyyy~~~~



Wednesday, 28 August 2019

Pertandingan Busana Tradisional Sempena Merdeka 2o19 di Sekolah

12:41 0 Comments


28 Ogos 2o19 Rabu

Alhamdulillah harini sekolah Irdina ada anjurkan Pertandingan Busana Tradisional sempena Merdeka tahun ni.

Kali ni cikgu tak benarkan pakai pakaian berunsurkan bendera Malaysia.

So untuk tahun ni, Irdina bagitau nak join (macam tiap-tiap tahun).

Kali ni umi suggest Irdina pakai baju tradisional Cina. 
Irdina ok je. Anak yang baik mendengar kata 💗💋
So mission kita cari baju n apa-apa yang patut.....

Alhamdulillah umi sempat order baju n aksesori semua. 
Sampai tepat pada masanya.
Kipas tu kita beli kat Padang Besar (balik raya haji ritu)...

Harini Irdina memperagakan pakaian Irdina.

Seperti biasa.... Irdina akan malu-malu atas pentas tu 😓😚
Takpe sayang.. Yang penting mahu mencuba dan berani..
Malu tu nanti pelan-pelan kita buang ya.. Malu ditempat yang sepatutnya malu...

Sedikit gambar kenangan.. Umi sempat ke sekolah sebab nak tunggu ambil balik baju tu. Kebetulan kat opis kerja dah selesai. Umi mohon kebenaran keluar sekejap.
Nak kena amik sesiap baju tu takut kekotoran nanti.. Tak pun kehilangan barang...

Masa ni gambar mula-mula umi sampai. Hahahaa punya lah malu.
Nak senyum pun susah oooooo.. Sabar je lah anak uiii... Ni pun auntie Wan (mak damia) suruh senyum n pakai payung tu (kalau tak Irdina tak nak pakai sebab malu) semalam beria je nak pakai.. Hihii

Vector Designed By 588ku from Pngtree.com
creativeempires.blogspot.com



 Irdina dan busana HanFu



Dengan kawan-kawan agak rapat. Tapi kawan-kawan ni sejenis. Pemalu. Hahaha



 Antara top 15


 Semua peserta

 Umi zooommm sikit

 Umi pun nak gak selfie



Ok. Selesai untuk hari ni.

Video akan umi upload nanti ye. 













Thursday, 8 August 2019

Ujian Permata Pintar 2 UKM 2019

15:00 0 Comments

08082019 Khamis


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam penuh barakah...

Alhamdulillah 02082019 Jumaat, umi dapat news pasal Ujian Permata Pintar 1 UKM yang Irdina dah buat beberapa bulan lepas.

Actually Umi pun dah lupa pasal ni.. Tup tup maklong wasap surat panggilan UKM2 Irdina punya..

Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat... Irdina berjaya ke peringkat kedua.



Untuk sesi kedua ni Irdina kata soalan agak mencabar juga.
dan soalan tu memang diluar aras peringkat Irdina.
Maybe sebab tu la dorang nak cari pelapis yang betul-betul pintar. Contoh soalan : apa itu Mitos.

So kita tunggu je la result UKM2 ni pada Oktober nanti. Joint ni saja suka-suka umi nak test IQ Irdina.

Antara gambar yang sempat umi amik sebagai kenangan. Lepas Irdina habis test tu. Umi upah air Mangga. Nyummmyy



Malu-malu sebab kat situ ada budak-budak laki Sekolah P16 tu


Sijil UKM2.


Semoga terus berjaya sayang.

.

.