MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Saturday 10 July 2021

REVIEW HOTEL GRAND COURT, ANSON BALI DAN YEW BOUTIQUE DI TELUK INTAN

12:50 0 Comments

 Assalamualaikum


Harini kami akan merentas ke negeri Perak sebab umi ada urusan kerja disana.

So alang-alang tu outstesen, kita tidur hotel.

So meh kita review sikit hotel sekitar Teluk Intan yang telah kita menginap untuk sesi ini.


GRAND COURT HOTEL

sumber : booking.com


So kita duduk sini untuk 1 malam. So far bilik dia sangat bersih. Ruang lobby dia sangat wangi dengan semburan yang menenangkan. Rasa fresh. Bilik disini juga agak besar. Kita ambil bilik Deluxe Triple. RM170.00 / malam. 1 katil Queen dan 1 katil Single. Dapat voucher makan discount RM15.00. So far ok la. Makanan dia untuk breakfast atau dinner. 





 


ANSON BALI

Kita duduk sini 2 malam. Saja nak rasa feel-feel sikit. Ramai orang kata 'hotel' ni ok. Selain Rivertel (hotel baru). Disebabkan kat Rivertel pernah duduk dah, so kita try kat sini pula. Actually ni bukan hotel. Dia ala-ala cam homestay (rumah). Tapi homestay mewah la. 😆

Kat sini bilik pun sama kita book untuk 3 orang. Almaklumla anak umi dah semakin membesar. Besar daripada umi. Kat sini kita booking Superior Double. 1 katil king dan 1 katil single. Kat sini makanan tak disediakan. Tapi dorang ada cafe sendiri. So boleh la makan kat cafe tu. 

Bilik kat sini so far ok. Bersih. Kita siap request nak ala-ala honeymoon. Hehee so ada la taburan bunga-bungaan. Cuma kurang menarik kat sini sebab katil tu duduk depan pintu toilet. Toilet jenis memanjang. Pintu toilet tu takde. Just langsir je. Then kiri ada "jamban". Haa ada la pintu kacanya. Dan sebelah kanan pula untuk shower. Pun ada pintu kacanya. Kedua-dua pintu tu takde kunci. Haahaaaa sangat bahayaaaa.. 

Malam tu Irdina agak penakut juga la nak tidur sebab katil betul-betul depan toilet gitu. Korang bayangkan la sendiri camna kedudukan toilet tu. Hahaha *Gambar kena cari balik dalam phone sebab lambat update dalam blog ni. Bukan Irdina je, umi pun seram juga sebenarnya. 

Tapi dari segi kebersihan, kekemasan memang tiptop la. Owh ya, sabun mandi dia sangat wangi. Encik Aşkım pun suka. 





YEW BOUTIQUE HOTEL

Hotel terakhir untuk malam ni. Mula nak duduk kat ANGSOKA. Sekali pergi, hotel tu tutup. Tak tau la tutup masa PKP ni je ke atau dah tutup terus. Hotel ni kawan kita duduk haritu. So kita saja nak try. Booking je la. 

Untuk hotel ni. Rasanya biasa-biasa je kot. Maybe sebab hotel lama kot. Area lobby tu agak panas juga la sebab aircond tak on sentiasa. Lepas dapat je passsss pintu (cewah). Kita terus naik untuk letak barang-barang dan mandi. Kat koridor hotel tu agak berbau (lipas). Tak tau la kalau hidung ni agak sensitippp.. Maaf ye.

Kebetulan masa mula-mula masuk bilik tu, aircond tak function. So dorang tukarkan ke bilik sebelah.Bilik sebelah tu ok-ok je la. Asalkan aircond berfungsi. Toilet pun ok-ok je.

Bilik ni kita book untuk 3 orang juga. Family Room. 1 katil Queen 1 katil Single. Bilik ni agak sempit la berbanding Grand Court. Sebab harga dia agak expensive nak sama dengan Grand Court. 

Pastu dorang provide barang tu tak cukup tiga. Contohnya air mineral dapat 2 je. Sabun dan shampoo liquid 1. Sabun ketul je 3. Berus gigi pun 2 je. So kalau yang datang tu member-member, berebutlah korang ye. Tapi nasib yang kat reception tu ok. Minta tambahkan yang kurang tu dia bagi. Dah tengah "musim" panas., berebut la air mineral. Hahaha




Gambar ni semua dari google, sebab tak teringat nak snap kat hotel ni gara-gara kurang selesa sikit. Heheee


 

.

.