MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Wednesday, 28 August 2019

# Busana # Merdeka

Pertandingan Busana Tradisional Sempena Merdeka 2o19 di Sekolah



28 Ogos 2o19 Rabu

Alhamdulillah harini sekolah Irdina ada anjurkan Pertandingan Busana Tradisional sempena Merdeka tahun ni.

Kali ni cikgu tak benarkan pakai pakaian berunsurkan bendera Malaysia.

So untuk tahun ni, Irdina bagitau nak join (macam tiap-tiap tahun).

Kali ni umi suggest Irdina pakai baju tradisional Cina. 
Irdina ok je. Anak yang baik mendengar kata 💗💋
So mission kita cari baju n apa-apa yang patut.....

Alhamdulillah umi sempat order baju n aksesori semua. 
Sampai tepat pada masanya.
Kipas tu kita beli kat Padang Besar (balik raya haji ritu)...

Harini Irdina memperagakan pakaian Irdina.

Seperti biasa.... Irdina akan malu-malu atas pentas tu 😓😚
Takpe sayang.. Yang penting mahu mencuba dan berani..
Malu tu nanti pelan-pelan kita buang ya.. Malu ditempat yang sepatutnya malu...

Sedikit gambar kenangan.. Umi sempat ke sekolah sebab nak tunggu ambil balik baju tu. Kebetulan kat opis kerja dah selesai. Umi mohon kebenaran keluar sekejap.
Nak kena amik sesiap baju tu takut kekotoran nanti.. Tak pun kehilangan barang...

Masa ni gambar mula-mula umi sampai. Hahahaa punya lah malu.
Nak senyum pun susah oooooo.. Sabar je lah anak uiii... Ni pun auntie Wan (mak damia) suruh senyum n pakai payung tu (kalau tak Irdina tak nak pakai sebab malu) semalam beria je nak pakai.. Hihii

Vector Designed By 588ku from Pngtree.com
creativeempires.blogspot.com



 Irdina dan busana HanFu



Dengan kawan-kawan agak rapat. Tapi kawan-kawan ni sejenis. Pemalu. Hahaha



 Antara top 15


 Semua peserta

 Umi zooommm sikit

 Umi pun nak gak selfie



Ok. Selesai untuk hari ni.

Video akan umi upload nanti ye. 













No comments:

Post a Comment

.

.