MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Friday 23 September 2016

PENGELUARAN KWSP (AKAUN II)

16:06 0 Comments
PENGELUARAN KWSP (AKAUN II)

PENGELUARAN MEMBELI RUMAH MELALUI AKAUN II KWSP

TUJUAN

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.

Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

KELAYAKAN MEMOHON

(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang ;
§ Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
§ Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

 Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN

 Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

SYARAT- SYARAT PENGELUARAN

Ahli Layak Memohon Sekiranya :-

1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ /
‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.

2. Pembiayaan pembelian rumah melalui ;

 (i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :-
 Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
 Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
 Majikan ahli
 Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia).
 Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
 Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; 
 ATAU
 (ii) Secara tunai.

3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.

4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya
atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.

5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah
hendaklah dalam tempoh 6 bulan).

Ahli Tidak Layak Memohon Sekiranya :-

 Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
 Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
 Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
 Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
 Membeli rumah ketiga
 Membeli rumah di luar negara

Sumber:
http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/717786/Risalah_Membeli_Rumah_Jun_2013.pdf


Friday 2 September 2016

Kalendar 2017 by Cikgugrafik

10:04 0 Comments


Selalu tiap-tiap tahun (Disember) kami akan buat kalendar sendiri untuk tahun berikutnya bagi kegunaan sendiri. Print comey-comey n simpan lam handbag sampai hancuss. heee. Senang apa-apa note je kat kalendar tu. Kalo ada kursus ke outstesen ke or apa-apa kejadian event. Nak rancang cuti pon senang.


Kemalasan lagi nak membuat kalendar untuk tahun depan (awal lagi). 
Tapi dah terjumpa kalendar ni dekat fb. So kami share dulu la yer. 


Kalendar 2017 by cikgugrafik

tahun ini kali kedua kami buat kalendar , kali ini kalendar awal sikit dan akan diupdate dari semasa ke samasa . Kalendar ini dibuat menggunakan perisian adobe photoshop.

Kenapa banyak sangat updates ?
1- disebabkan kecuaian kami sendiri
2- updates cuti dari pihak kpm
3- Penambahbaikan.

Anda boleh download versi PDF disini :

Versi 1.0 
Klik  ( MUAT TURUN )
- hanya ada cuti umum sahaja

Versi 1.1
Klik  ( MUAT TURUN )
Kpm dah updates cuti sekolah
Warna untuk cuti sekolah ialah koko

kalendar%2B2017%2B%252C%2Bcalendar%2B2017%2B%252C%2Bkalendar%2Bkuda%2B2017%2B%252C%2Bkalendar%2Bcuti%2B2017%2BKOKO


Versi 1.2
Klik  ( MUAT TURUN )
Kpm dah updates cuti sekolah
Warna untuk cuti sekolah ialah kuning

kalendar%2B2017%2B%252C%2Bcalendar%2B2017%2B%252C%2Bkalendar%2Bkuda%2B2017%2B%252C%2Bkalendar%2Bcuti%2B2017%2BKUNING


versi 1.1 & 1.2 adalah sama , kecuali warna cuti sekolah ( koko & kuning ) 


Boleh print warna mana yang korang suka. Sekian.


.

.