MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, 17 June 2016

Solat Sunat Tarawih dan Witir dan Doa

13:07 0 Comments



Solat Sunat Tarawih Dua Rakaat



Niat solat untuk makmun
Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat makmum kerana Allah ta'ala

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at pertama: Surah At Takathur
Raka’at kedua: Surah Al Ashry

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: 
Raka’at ketiga: Surah Al Humazah
Raka’at keempat: Surah  Al Fiil

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: 
Raka’at kelima: Surah Al Quraisy
Raka’at keenam: Surah  Al Ma’un

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: 
Raka’at ketujuh: Surah Al Kautsar
Raka’at kelapan: Surah  Al Kafirun


Solat Sunat Witir Tiga Rakaat.

Sembahyang witir ini ditunaikan dengan satu takbiratul Ihram dan satu salam sahaja.  Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal.

Lafaz niatnya:



Niat solat untuk Makmum
Sahaja aku solat sunat witir tiga rakaat makmum kerana Allah Taala

Bacaan selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah al-A’la
Rakaat kedua: Surah al-Kafirun
Rakaat ketiga: Surah-surah
1. Al-Ikhlas
2. Al-Falaq
3. An-Nas

*Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut sunat sujud sahwi.




 Doa Selesai Solat

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!  Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk  di atas Tahta Kehormatan di dampingi  bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam

 

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

 

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

 


Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!




Thursday, 16 June 2016

Perbezaan Iftar Ramadhan,Moreh,Param,Tamar,Yang Yok

09:27 0 Comments


Istilah-Istilah Yang Sering Digunakan di Bulan Ramadhan

Iftar
Iftar Ramadhan bermaksud makan untuk berbuka puasa, iaitu apabila terbenamnya matahari pada bulan Ramadhan. Orang Melayu panggil berbuka puasa. Iftar Ramadhan pun sama juga dengan berbuka puasa.

Moreh
Moreh adalah jamuan makan yang biasanya diadakan selepas solat terawih berjemaah pada bulan Ramadhan. Makanannya pun biasanya sedap-sedap.

Yang Yok
"Puasa Yang Yok, pagi-pagi buka periuk". Maksudnya puasa olok-olok. Punca utama adalah disebabkan lupa bersahur.

Tamar
Tamar bermaksud buah kurma. Tamar juga nama seorang penulis novel seram terkenal iaitu Tamar Jalis. Kurma Jalis kurang sedap didengar. Tamar Jalis kelihatan lebih kacak.

PaRam

Param adalah singkatan kepada Pasar Ramadhan. Ada juga singkatan pasar lain yang tidak popular seperti Pasar Malam (Palam), Pasar Borong (Parong), Pasar Tani (Patani).

credit to blogapakahitu




Monday, 13 June 2016

Jus Kurma Susu

10:23 0 Comments
Nyummmm .. sedapnya dengar.. sejuk je rasa. Jus kurma ni kalo minum sejuk-sejuk mesti sedap. Jus ni kami buat untuk encik husband (sahur+iftar). Makanan ni sangat baik untuk kesihatan dan kecergasan. 


Bahan-Bahan:
5 biji kurma (lebih pon boleh-baik dalam gandaan ganjil-Sunnah Nabi)
½ gelas air kosong
1 gelas susu segar/susu kambing/susu tepung (dibancuh)

Cara-cara:
Buang biji kurma dan isinya diracik-racik.
Rendamkan isi kurma bersama ½ gelas air kosong sehingga kembang. (Kami rendam semalam sebelum tidur sehingga sahur. Nak cepat guna air panas).
Blend kurma bersama segelas susu.

Sedia untuk diminum. *boleh ditambah ais


Boleh minum dipenutup sahur. Dekat-dekat nak imsak. hehe
Jangan lupa selawat ke atas Nabi dan doa semoga Allah mempermudahkan puasa dan urusan seharian.

InshaAllah perut akan sentiasa kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.
Sesuai juga untuk anak-anak yang baru nak berpuasa. 

Selamat Mencuba.! 



Sumber:Google
Sebab lupa nak snap gambar cantik-cantik. Huhu

Encik husband menjeling je nak snap gambar. Hahaa









Monday, 6 June 2016

Tahun Pertama Berpuasa & Hari Pertama Berbuka Bersama Mr bergelar Husband di Bangi Station

20:00 0 Comments

1 Ramadhan 1437H (060616)

Tahun Pertama berpuasa dengan Encik bergelar Husband.. banyak dugaan n cabaran.. hahahaa macam budak kecik pulak... tapi Irdina puasa sampai jam 3 petang... gara-gara kakak sara bagi makan cekelat... hahahaa (story from Maktok sebab Irdina kat kg)...


So harini secara tak langsung kami cadang berbuka disini atas kekalutan yang berlaku hari nie .. Las Minit call .. ada kosong lagi .. Alhamdulillah ..



Bangi Station 




Nak ikan tu bagi garing requestnya dari encik Husband

Ikan Siakap 3 rasa + TomYam Campur + Kailan Ikan Masin + Telur Dadar


Orang tengah lapar tgu azan berkumandang


Set Menu A untuk 2 orang makan ni harga RM31.50 tak masuk air ...
Set ni dia upgrade tambah sayur ..
1. Siakap (tak kisah masak apa)
2. TomYam Campur
3. Kailan Ikan Masin / Sayur Campur
4. Telur Dadar
5. Nasi Putih (2)

Kami order air Carrot Susu + Apple Asam Boi .. 

Alhamdulillah kenyang.. Makanan yang dihidangkan memang SEDAP ... cukup sifat .. hehehee ... sapa-sapa nak cuba .. boleh lah ke sini ...

27, Jalan Kajang Impian 2/1, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
atau call no 0139453806 (Arif) @ 01111496099 (Afiq) untuk booking order) ..


Next time inshaAllah nak try set untuk 4 orang makan lak ... harga RM55.00
1. Siakap (tak kisah masak apa)
2. Udang Galah
3. Ketam
4. Kailan Ikan Masin
5. Nasi Putih (4)






Menjeling je kita tengok orang sebelah makan .. hahaaa sedap nampak ketam tu .. tapi makan berdua je nanti membazir ... ni gambar dari facebook Bangi Station




Korang ada tempat makan menarik yang lain? jom kongsi dengan kami dengan memberi komen dibawah. Bolehlah kami terjah ke restoran atau kedai yang dimaksudkan. 

Cerita Di Hari Pertama Berpuasa Encik Husband and Puan Wife

19:30 0 Comments

Alhamdulillah ... Syukur .. Hari ni hari pertama berpuasa bersama suami ... 
tapi hari ni dua-dua "ponteng" keja (ponteng keja ya bukan ponteng puasa) sebab tak sihat (sampai dari kg (kk) jam 3.++ pagi) .. sakit-sakit badan .. so en Husband MC la apa lagi ... huhu i amik EL ja sebab cuti banyak lagi ..  .. hahahaa

so separuh hari la pengsan dirumah .. hahahaa nak-nak pulak posa kan .... kui 1 kemas uma apa semua .. sempat la encik husband drill lubang kat dapur tu .. dah lama beli barang ikea tu .. tapi tak dak masa lagi nak drill sebab hjg mggu balik kg .. ahad je pon nak drill pon sebab ari lain balik malam .. so setel lah bab drill nie ... tgu nt dah siap hias baru kita up post yaa .. hehee

tengah drill tu ajak la encik husband g CIMB sebab nk claim duit ASB yang tak masuk-masuk lagi ... then encik husband pon tanya duit Rayani dah dapat ke .. haaa sebut rayaniair terus ajak ke sana la sebab itu yg more important .. huhuu 
abes ja drill siap-siap trus ke rayani takot tutup jam 5pm ... sampai ja sana terus laa tanya refund dari April lom masuk... huhuu then dorang soh isi form semula untuk buka cek ...isi lah balik n dapatlah cek .. tapi valid on 30 Jun 2016 .. so kena lah tgu date tu baru leh taw ada duit tak.. hahahaa... (update on 23/9/2016 : sampai rini duit rayaniair tu bergemerlapan.. berhuhuhu la kami tanpa apa-apa harapan lagi).

selesai Rayani .. nak ke CIMB memang dah tutup laa kul 5 dah ... so ajak la encik husband balik sebab takot jem nanti memandangkan nak makan kt mana pon tatau .... sibuk mharungi jem kita buka fb .. then kat news feed keluar la cita pasal offer makanan di bulan posa kat satu kedai di Bangi ni ... so try call tanya n terus booking takot-takot org ramai ... nt tak sempat nak hala tuju ... 

Sebelum pergi berbuka sampai putrajaya agak awal lebih kurang jam 6 .. so kami pon ke klinik dulu untuk amik ubat n yg penting MC :P hahahaa
selesai ja mc terus shoooottt ke Bangi .... pergi  bazar area Sate UK tu .. nak beli murtabak tp ramai sgt beratur .. kemalasan memasing .. so beli air cendol je la ... huhuuu then pergi lah kami ke kedai yg dah booking tadi ... berbuka la kami disini -Bangi Station-

.

.