MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Friday, 22 December 2023

ITINERARY TO HATYAI SONGKHLA, THAILAND

10:56 0 Comments

Haiiii semua......

Dah lama tak update p jalan-jalan sana sinun kan... Lepas covid haritu PKP mengurung diri sampai la sekarang belum melangkah keluar dari Malaysia. 

Tapi alhamdulillah masih mencapai KPI setiap tahun akan ada trip family vacation holidays sama ada dalam Malaysia atau luar negara.

Alhamdulillah penghujung tahun 2o23 ni kita menutup tirai melangkah keluar ke negara jiran aka Thailand. Sesuatu yang dirancang tanpa perancangan (dok bernyanyi lama dah nak p tapi tak sampai-sampai n takdak perancangan dan akhirnya terpergi juga setelah discussion ringkas dibuat antara family). Orang kata yang tak planning tu lah jadi kan..

Kita share sikit itinerary kat sini yeah mana tahu ada yang menjengah kesini, boleh follow the trips.

Trip kali ni hanya 2 hari 1 malam je disebabkan ada yang esoknya nak kena balik n kerja. Jadi kekangan masa, kita decide untuk 2D1N sahaja. Destinasi ni pun kita ejas sendiri.. Banyakkan 'mengkaji'.. Tu yang boleh ke Shooting Gun - driver cakap, dia pun 1st time ke situ.. Tak pernah dia tahu kewujudan tempat tu, HahA..


DAY 1

  • Border Bukit Kayu Hitam
  • Sarapan Pagi
  • Chang Puak Camp Hatyai
  • Samila Beach
  • Tang Kuan Hill
  • Cafe Amazon
  • Masjid Central Songkhla
  • Hat-Yai Bikers Route 414 and Shooting Tai Gun Sport Association
  • Floating Market
  • Asean Night Bazaar - Dinner
  • Hotel 

DAY 2
  • Chabura Dim Sum
  • Kaysorn Souvenir
  • Big Bee Farm
  • Ranu Kohyo
  • Lunch at D'Hatyai Cafe & Restaurant
  • Kim Yong Market
  • 7E
  • Dannok
  • Border
Ok, jom terjah satu persatu.

update2o25: Btw tak silap haritu sewa van + driver RM1000-1200 macam tu.. driver n minyak. 
Destinasi boleh ejas ikut kita cuma tak boleh melangkaui sempadan pakej.. 
Contoh amik pakej Hatyai tiba2 nak lajak ke Krabi..

Nombor travel agent : 011-37894677 (Kembara Rimba) - Boleh survey tengok..


Wednesday, 19 August 2020

Day 1 - Bercuti di Port Dickson Ogos 2020

22:00 0 Comments

19 Ogos 2020 ~ Rabu

Harini ni Irdina ada checkup Hospital, so umi dan abi amik keputusan nak cuti je harini. Then kita ke PD saja nak jalan-jalan tengok lampu. Esok kita cuti Awal Muharram.

Selesai je checkup, kita singgah McD ayer8 tu. Irdina nak sangat makan nasi lemak yang baru tu.

Selesai makan, umi uruskan dulu rumah yang kita nak beli kat Kedah. So p LPPSA submit borang. Tapi masih ada juga kesilapan surat. Sebab ada format baru. So terpaksa ke office minta kerani buat surat baru. Amik masa juga la. Dah siap surat, cari boss mereka nak sign. Tapi boss pula takde. So umi pun balik je la. Masa tu dah lewat sikit la. Dah kul12+.

So balik rumah kita amik baju semua, bawa Keiko sebab nak boarding kat Klinik. Call klinik Pet (JHanz) kat P15 ada kosong tapi sangkar premium. RM30 semalam. So okey jela. Dan kita pun terus buat grooming kat Keiko.

Selesai uruskan Keiko, kita teruskan perjalanan ke PD.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Takde jem takde masalah sehingga kita selamat sampai di Hotel.

Untuk kali ni umi booking kat MERLIN Hotel. Murah je hotel ni. Sebab last minute nak ke sini. Nasib la ada kosong lagi. Review hotel nanti kita  buat asing ye.

So kita check in dan berehat sekejap. Umi sempat terlelap 😴😴 hehee

Kul 6 camtu kita keluar lepak tepi pantai. Jalan-jalan tepi pantai. Nak mandi dah tak sempat. 






So lepas jalan-jalan dan dah gelap, kita ke Dinasour Kingdom. Ni la iklan dalam FB yang umi jumpa haritu. So rencananya kita ke sini je la. 

Sesampai disini, sunyi je. Takde orang. Masa kita sampai tu lebih kurang jam 8+pm. Kawasan dia betul-betul tepi jalan. Sunyi je, waktu siang lalu pun macam ye tak ye je tempat tu. Hahaha

So kat sini kita just ambil gambar je sebagai kenangan. Permainan n tempat bergambar pun takde banyak sangat macam dalam iklan. Rumah hantu pun ada satu je. Irdina nak masuk, tapi umi tak nak masuk. Hahaa and Umi pun taknak Irdina masuk takut satg malam nak tidur takut-takut pula. So tak jadi la masuk walaupun tahu hantu tu manusia sebab dia jalan je depan kita tadi. Hahaha












Sebenarnya abi buat love macam umi, tapi love jari pendek haha sebab tu tak nampak bentuk. Lepas tengok baru perasan tapi dah malas nak amik lagi sebab banyak sangat gambar Irdina snapppps. Thank you sayang jadi cameragirl umi dan abi 😘.














Irdina nak main kereta langgar ni. Abi layankan je. Hehee nak naik mainan dalam ni kena bayar asing. Untuk kereta langgar ni RM10 dalam 5 minit je main.


Selesai je bergambar kita makan di depan tu. Area parking kereta tadi.

Fazlina Steamboat.

Sedappp.. Layan je makan sambil bersila atas tikar bersepo-sepoikan angin.







 






.

.