MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Friday, 17 June 2016

Solat Sunat Tarawih dan Witir dan Doa

13:07 0 Comments



Solat Sunat Tarawih Dua Rakaat



Niat solat untuk makmun
Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat makmum kerana Allah ta'ala

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at pertama: Surah At Takathur
Raka’at kedua: Surah Al Ashry

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: 
Raka’at ketiga: Surah Al Humazah
Raka’at keempat: Surah  Al Fiil

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: 
Raka’at kelima: Surah Al Quraisy
Raka’at keenam: Surah  Al Ma’un

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: 
Raka’at ketujuh: Surah Al Kautsar
Raka’at kelapan: Surah  Al Kafirun


Solat Sunat Witir Tiga Rakaat.

Sembahyang witir ini ditunaikan dengan satu takbiratul Ihram dan satu salam sahaja.  Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal.

Lafaz niatnya:



Niat solat untuk Makmum
Sahaja aku solat sunat witir tiga rakaat makmum kerana Allah Taala

Bacaan selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah al-A’la
Rakaat kedua: Surah al-Kafirun
Rakaat ketiga: Surah-surah
1. Al-Ikhlas
2. Al-Falaq
3. An-Nas

*Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut sunat sujud sahwi.




 Doa Selesai Solat

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!  Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk  di atas Tahta Kehormatan di dampingi  bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam

 

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

 

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

 


Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!




Wednesday, 19 January 2011

doa kembalikan barang yang hilang

12:15 0 Comments




Perbanyakkan baca surah al-Duha dan baca doa ini…


اللَّهُمَّ كَمَا رَدَدْتَ يُوسُفَ عَلَى أَبِيهِ رُدَّ عَلَيَّ ضَالَّتي


Allahumma kama radadta Yusufa ‘Ala Abihi Rudda ‘Alayya Dhallatiyy


Ya Allah sebagaimana Engkau kembalikan Yusuf kepada bapanya, Engkau kembalikan hartaku yang hilang.

Tuesday, 7 December 2010

Doa Awal dan Akhir Tahun

11:12 0 Comments


Semoga anda membaca doa akhir tahun n awal tahun...
selamat menyambut Maal Hijrah daripada kami..
Semoga tahun baru ini diberkati dan diredhai Allah SWT...Amin...
 Buka buku baru..tutup buku lama...






 Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."





Doa AwalTahun

Doa Awal Tahun dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata:"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



.

.