Solat Sunat Tarawih Dua Rakaat
Niat solat untuk makmun
Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat makmum kerana Allah ta'ala
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at pertama: Surah At Takathur
Raka’at kedua: Surah Al Ashry
Bacaan selepas Surah
Al-Fatihah:
Raka’at ketiga: Surah Al Humazah
Raka’at keempat: Surah Al Fiil
Bacaan selepas Surah
Al-Fatihah:
Raka’at kelima: Surah Al Quraisy
Raka’at keenam: Surah Al Ma’un
Bacaan selepas Surah
Al-Fatihah:
Raka’at ketujuh: Surah Al Kautsar
Raka’at kelapan: Surah Al Kafirun
Solat Sunat Witir Tiga
Rakaat.
Sembahyang witir
ini ditunaikan dengan satu takbiratul Ihram dan satu salam sahaja. Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal.
Lafaz niatnya:
Niat solat untuk Makmum
Sahaja aku
solat sunat witir tiga rakaat makmum kerana Allah Taala
Bacaan selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama:
Surah al-A’la
Rakaat kedua: Surah
al-Kafirun
Rakaat ketiga:
Surah-surah
1. Al-Ikhlas
2. Al-Falaq
3. An-Nas
2. Al-Falaq
3. An-Nas
*Mulai malam 16
Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang
subuh. Jika tidak membaca qunut sunat sujud sahwi.
Doa Selesai Solat
Ya Allah!
Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas
keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau
berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan
Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Dan keredhaan
Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa
kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.



