MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Showing posts with label Nurul Irdina Syazwina. Show all posts
Showing posts with label Nurul Irdina Syazwina. Show all posts

Sunday, 21 May 2023

Tawaran ke Sekolah Khusus SMKA Jerlun, Kedah

11:20 0 Comments


21 Mei 2023 | SMKA Jerlun, Kedah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama sangat rasanya tak update blog ni... Dah bersawang teruks... Macam ni lah selalunya..

Bila semangat datang, semangatlah nak update.. Bila kemalasan dan kebusyan, tak daya nak buka blog pun..

Hehehee

Kali ni bonda gagahkan juga mengarang supaya ada kenangan ditinggalkan disini. What happen coming kita tak tahu lagi kan.

16 Mei 2023 bonda dapat panggilan phone dari stranger number (011). Kali ni bonda angkat call sebab memang tengah menanti panggilan dari KPM.

Bonda : Hello..

SMKAJ : Assalamualaikum, ini ibu Nurul Irdina Syazwina ya?

Bonda : Waalaikumsalam. Ya, saya. (dalam hati dah nebes)

SMKAJ : Saya dari SMKA Jerlun. Tahniah anak puan dapat tawaran belajar di sini. Pendaftaran pada 17 Mei 2023 (mak aihh esok nak kena daftar)

Bonda : Owhh esok tak sempat sebab kami di Putrajaya. Boleh saya minta tangguh ke?

SMKAJ : Kena tanya PK HEM Puan. Tapi dalam surat ni bagi tempoh sampai 19 Mei ni (Jumaat). Tapi sini Jumaat cuti, jadi Ahad last pendaftaran.

Bonda : Ok Puan, maklum. Terima kasih.


Menggigil tangan masa ni dapat tahu berjaya. Actually, ni intake ketiga. Masa 1st n 2nd intake memang kami tak mohon SMKA sebab Irdina focus SBP [SMSains]. SBPI pun dia tak mau cuba sebab pemilihan Sekolah Khusus 2023 ni kena buat pilihan sama ada nak SBP atau SBPI .. Jika pilih SBP/SBPI pun dah tak boleh nak pilih SMKA. So either 3 choice tu pilihan Irdina adalah SBP (SMS). 

Berbalik  kepada how Irdina dapat tawaran SMKA ni, bila rayuan ketiga dibuka, bonda mencuba nasib untuk hantar surat/emel kepada BPI untuk SMKA dan BPSBP untuk SMS. Sebab rayuan ketiga ni kita dah boleh submit serentak permohonan disebabkan pemilihan dibuat secara manual dan bahagian yang berlainan memproses permohonan. Pengisian kekosongan ini juga adalah disebabkan pelajar yang keluar setelah mendapat tawaran.

Alhamdulillah rezeki Irdina dapat SMKA kerana SMKA menawarkan lebih awal manakala SBP belum keluar tawaran. Balik sekolah, bonda bagitahu Irdina. Irdina agak "awkward" sebab dah selesa di SEKHAR. Tapi dia nak cuba ke sana. Kalau tak mampu teruskan, Irdina akan balik semula ke sini. Bonda ikutkan sahaja kerana bagi peluang, mana tahu boleh adapt dengan persekitaran disana. Kalau tak mampu pun, bonda tak paksa. Sekurangnya Irdina dah cuba dan dapat pengalaman.

Oleh itu, 21 Mei 2023 inilah tarikh keramat Irdina berpisah dengan bonda dan abi. Pendaftaran Irdina adalah secara solo sebab kawan 3rd intake yang lain banyak dah daftar minggu lepas. Irdina lah orang terakhir daftar bagi 3rd intake tempoh hari. Kita cuba dulu ya. Insya-Allah semoga dipermudahkan semua urusanmu sayang. Tidak pernah kita berpisah dalam keadaan begini. Allah sebaik-baik perancang. Kita simpan kenangan di sini.

Oh ya, kelengkapan memang tak sempat nak uruskan sebab minggu tu abi takde (outstation). Khamis malam baru balik. So hari Jumaat tu jugalah kita sempat beli kasut dan beberapa keperluan lain. Cuma tudung je tak sempat beli sebab tudung labuh ni susah nak dapat.







Selesai daftar kita snap dulu gambar sebab hujan dah reda. Awal pagi tu hujan je sepanjang jalan sampai lah kita sampai ke SMKAJ. Alhamdulillah hujan berhenti selepas kita selesai mendaftar. Jom kita ke bahagian asrama pula. Lepas selesai daftar asrama, kita ke bilik untuk kemas barang. Ada empat katil kosong dan Irdina pilih katil dihujung nun sana. Tapi disebabkan locker Irdina mereka tumpang barang, tak boleh la bonda nak tolong kemaskan barang. Terpaksa la letak kat tepi-tepi tu dulu, then nanti pepandai la Irdina kemas sendiri bila dah balik dorm. Sebab waktu ni mereka tengah ada kelas. Selesai daftar bonda hantar Irdina ke kelas dan bermulalah rutin kehidupan baru kita. Bye-bye sayang, jaga diri baik-baik. Bonda dan abi sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.

Owh ya... Irdina sempat tukar baju tu, sebab kebanyakannya pakai t-shirt je. KPM dah benarkan disebabkan keadaan cuaca yang agak panas.






Friday, 27 May 2022

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kafa 2021

15:38 0 Comments

 27 Mei 2022 ~ Jumaat

Harini Irdina ada majlis apresiasi kecemerlangan untuk pelajar kafa sesi 2021.

Semua pelajar termasuk pelajar Tingkatan 1 (2022) yang cemerlang diraikan harini.


Alhamdulillah. Kita simpan kenangan disini ya.

Bonda dah nak start aktif kembali blog dan youtube kita ni.

Moga ada masa terluang dan kekuatan. Sebab kenangan nak simpan dalam telefon agak susah.

Jadi kita simpan kat sini ye.

Kakak wawa pun ada juga.

Tahniah semua 👏💕



BFF




Tenaga pengajar. Terima kasih ustaz ustazah yang mengajar Irdina secara langsung dan tidak langsung.
Ada juga yang dah pindah,

Simpan gambar kakak kat sini juga 




Tuesday, 24 May 2022

Majlis Anugerah Nilam Peringkat Sekolah

15:08 0 Comments

24 Mei 2022 ~ Selasa

Harini Irdina balik sekolah, bawa hamper besar.

Alhamdulillah. Tahniah sayang.!!

Rupanya Irdina dapat anugerah nilam kat sekolah. 

Kita simpan sini sebagai kenangan yer.

Gambar ni cikgu kongsikan.

Bonda doakan Irdina terus berjaya dan bersemangat dalam melayari kehidupan.

Menang atau kalah dalam pertandingan adalah adat permainan.

Yang penting usaha, berani dan tawakkal.











Saturday, 7 September 2019

Menginap di Rivertel Hotel Teluk Intan, Perak

22:00 0 Comments
7 September 2o19 Sabtu

Alhamdulillah


Pagi ni umi ada kerja di Pejabat Tanah Teluk Intan. Actually harini abi kerja malam. So semalam abi kerja dan mohon balik awal sikit. Dalam kul 5.00 pagi abi sampai rumah. Kita pun terus bersiap.. Ehh umi je la.. Bangun mandi n bersiap nak bertolak ke Teluk Intan. Sebab umi kena masuk ofis jam 8.30pagi. So untuk harini abi amik cuti la sehari. Hehehee

Alhamdulillah perjalanan kita dipermudahkan. Takde sangkut jem memandangkan minggu ni long weekend juga (Cuti Pertabalan Agung). Kita just berhenti solat kat RNR dan meneruskan perjalanan sampai ke Teluk Intan.

Alhamdulillah sampai kat area pejabat dalam kul 8.25am. Lepas kita g makan apa semua dengan Opah dan Auntie Effa. Auntie Effa cuti sem lagi. So ada la kat uma opah. Selesai makan, umi ke pejabat, tinggallah Irdina dengan abi balik ke rumah opah. 






Selesai je kerja umi, kita g check in hotel Rivertel. Hahaa Hotel ni depan uma opah je. Memang dari bilik nampak je uma Opah. Hehee Actually semalam dah book hotel Bali . Area situ juga. Agak mahal sikit 270+ just bilik 1 Queen dan 1 Single. Then umi cancel last minute thru Agoda sebab 50-50 nak dok hotel atau uma opah.

So ontheway pagi tadi discuss ngan abi. Abi okey je nak stay hotel memandangkan umi boleh claim pula. So apa salahnya kalau kita merasa duduk hotel walaupun dekat ngan uma opah. So otw tu umi terus call Rivertel Hotel untuk booking bilik. 

Boleh layari website Hotel di Rivertel


1st booking bilik Superior Family Triple (1 Queen dan 1 Single) RM230 camtu untuk 3 guest. So bila dah sampai hotel  nak check in, umi tengok ada bilik 4 guest (Superior Family Quad). Harga pula tambah sikit je dalam RM260. Kedua-dua harga ni termasuk breakfast dan tax. Dan harga ni katanya harga promotion. Pasal breakfast tu sila scroll ke bawah. Heeee

Saja ambil bilik besar ni sebab nak bawa Opah sekali merasa tidur hotel. Hehee.


Cantikkan hotel ni. Actually ni hotel baru. Dulu dok balik Teluk Intan tengok je dia membangun. Sekejap je dah siap. Gambar ni amik dari website hotel. 




Ni pula rate sebenar untuk hotel.




Jom kita tengok bilik. Konsep bilik modern. Perabot semua tersusun rapi. Kemas dan bersih. Mungkin sebab hotel baru setahun jagung orang kata kann.





Ni view rumah opah. 




Ni pula toilet. Bersih dan kemas.







Apa la mereka berdua tu sibuk dengan minuman. Hahaha






Ok jom kita balik rumah opah amik opah. Hehehe

Ni view hotel dari rumah opah pula.



Kalau dizooommmm


Petang ni auntie Effa ikut sekali sebab kat rumah takde sapa. Mokcu pun keje kat Hotel tu. Auntie Iza belum sampai lagi dari KL. So auntie Effa follow dulu kita berjalan.




Irdina pantang mengambil peluang panjat belakang abi. Hahaha
Gambar ni je ada. Gambar Opah dalam bilik takde sebab tak pakai tudung. Hihiii


Ni view dari atas mengadap Angsoka Hotel. Hotel ni memang ada swimming pool.
Hotel Rivertel takde swimming pool. Umi kena marah ngan Irdina sebab taknak booking hotel yang ada swimming poollll. Hahahaa


Esoknya ......
Jommm bangun pagi.. Kita g breakfast dulu ..







Ohh ya.. Ni la my adik ipar aka adik husband or Mokcu Irdina.. Namanya Zee.. Heheee kerja lepas habis SPM ritu.. Dari duduk terperuk kat rumah kann... Dapat juga duit belajar berdikari.



Okey... Untuk breakfast ni.. 1st sekali kita boleh pilih nak breakfast or tak nak dalam bil hotel. Kalau tak ambil nak amik ala carte pun boleh.. Then umi ingatkan breakfast ni cam kat hotel-hotel biasa kita makan tu ala-ala buffet. Cedok je apa nak... Hahahaa Umi pun include la sekali. Rupanya breakfast kat sini jenis ala-carte. Means bayaran tu untuk 1 menu sahaja per voucher. Then kita ada 4 voucher so dapat la 4 menu.  



So Irdina n Opah pilih Nasi Lemak sebab itu je lah satu-satunya nasi yang ada pun.
Abi lak request roti ngan telur ada sosej n redbeans.
So umi amik la menu lain pula sebab nak merasakan. Umi amik roti juga dengan telur separuh masak.

Air pula diberi pilihan coffee, tea and Juice (Orange/Apple/Mango). Untuk air ni kita boleh refill. So abi dan opah order coffee dan Irdina ambil Mango, then refill Apple n Mango again.
Memandangkan air tu boleh refill so umi order Hot Chocolate. Untuk air ni kena tambah RM5.00, tapi membe Mokcu yang belanja. Alhamdulillah. Terima kasih dik, semoga murah rezekimu.



Nasi lemak ni so far sedap dan ok rasanya. Manis-manis pedas kuah dia. Lauk pun banyak. Telur rebus sebiji, ikan bilis, kacang dan beberapa ketul ayam.

Ni umi punya menu. Roti ni disalut telur. Macam selalu kita buat kat rumah tu. Nyummyy.. Then ada 2 biji telur separuh masak, honey dan butter. Comey pulak butter dia. Heheehe



Ok ni makanan abi pula. Macam-macam ada. Hahaha atas dedaunan tu adalah mushrooommmm... Sebelah sosej tu adalah kentang macam McD tu.



Sedapnya opah n Irdina makan...




Dua jenis butter dari brand yang berbeza. Selalu makan yang brand bawah. 



Ni la Hot Chocolate umi.. Nyummmm..


Kat cafe ni ada Kids Zone. Tapiiii.. Haa ada tapi yer.. Kalau nak masuk bahagian ni, kena bayar RM10.00 perhead.. Atau boleh amik sekali dengan pakej makanan budak. RM18.00 (rujuk menu atas).. So kita tengok je la dari luar.


Ok dah sudah makan. Jom kita bergambar sekejap



Dah setel bergambar. Jom naik atas kemas bilik dan balik. Hehee

Untuk naik ke atas kita kena touch card bilik baru boleh tekan level bilik kita ye. Kalau tak, tak dapat naik ler. Tu namanya security.



View jalan besar.





Dah siap mengemas. Ohh ini kemas cara umi. Kalau dulu umi kemas cantikkan balik. Sebab tokwan ajar kalau sewa homestay atau duduk hotel, sebelum keluar kemaskan balik bilik. 

So dizaman sekarang bila umi fikirkan kalau kita dah kemaskan cantik-cantik nanti dorang akan punggah balik cadar semua untuk dibersihkan. So baik kita terus tanggalkan cadar tu kan. Bukan apa pernah dengar ada isu orang kata cadar tak ditukar. Tu maybe housekeeping dia malas la tu.. Nampak kemas n bersih lagi. So just topup bahagian lain. Untuk mengelakkan ini, dengan cara kita tanggalkan terus cadar ni so housekeeping akan terus menukar cadar baru untuk next guest.

Bila semua orang lakukan benda yang sama, inshaAllah semua orang akan dapat menikmati cadar baru. Hehehe


Dah ditanggalkan cadar ni tahu lah kita brand apa dorang pakai. Hehehe
tilam dia memang lembut je rasa. Tidur taknak bangun. Hehehe 😴😴




Untuk tempahan boleh ke >> Hotel Rivertel Teluk Intan, Perak << 


Sekian. 



.

.