Isnin - 2 September 2o19
Hari ketiga (Cuti Merdeka dan Awal Muharram).
Harini merupakan cuti ganti untuk Awal Muharram yang jatuh pada hari Sabtu (1 Sept 2o19).
2 hari dah berjalan sana sini. Kaki ni memang lenguh tak sangga laaa (kata orang Kedah)..
Disebabkan Sabtu haritu lepas balik tengok Merdeka (link) , kita ke The Mines sebab nak naik cruise. Tapi boat yang kita nak naik tu dah tutup. Last boat 6pm . Kita sampai kul 5.45 petang camtu. Dah full katanya. So kena la p awal untuk book dulu (tapi perlu book hari yang sama).
So harini rancangan kita nak ke Waterpark gagal lagi (gara-gara seluar swim abi tak dikesani) hahaa so kita tunaikan janji yang Irdina minta.
So pagi ni kita ke sini. Masa sampai tu dah nak dekat jam 11 pagi. So kita terus menuju ke kaunter tiket Cruise memandangkan takut kehabisan tiket.
Bila sampai je kat kaunter tiket. Orang tu bagitau jam 1.30 boat paling awal yang masih ada kekosongan. Tu pun hanya 4 slot. Then umi abi terus block booking la.. Nasib la pergi kaunter dulu sebab abi ajak makan dulu. Hahahaa Kalau tak.. Lagi lambat laaa...
Selesai tempah tiket, kita mencari makanan. So dalam banyak-banyak kedai kita pilih kedai ni ...
Air kita order Ice Lemon Tea dan Hot Chocolate. ACtually abi tersilap nak order Chocolate Ice. Tapi air ni 1st order (cam biasa - kita selalu berkongsi). 2nd order kita tambah air Ice Lemon Tea juga. Owh ya, Hot Chocolate tu agak menghambarkan. Ceroii orang Kedah kata.
Makanan pula kita order nasi goreng cina (Irdina) dan CHicken ButterMilk (Abi) dengan nasi putih. Umi cam biasa la share ngan Irdina. Tu pun tak habis. Hahahaa
Alhamdulillah selesai makan kita melepak sementara menunggu waktu (1.20petang ke Cruise).
Jom kita naik Cruise ---> CLICK HERE
No comments:
Post a Comment