MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Monday 6 November 2017

Saturday 16 September 2017

Pertandingan Mewarna Komuniti Blok

09:00 0 Comments

Sabtu, 16 September 2017

Pagi ni Irdina join pertandingan mewarna Komuniti Blok Presint 17 kategori 7 tahun ke  bawah. Sementara Irdina mewarna umi dan abi keluar ada hal sekejap..
Walaupon kurang berjaya tapi umi dan abi bangga Irdina semakin pandai mewarna..
Kemas dan cantik... Alhamdulillah..

Kekalahan kali ini bagi umi disebabkan penggunaan teknik mewarna yang salah pada latar belakang gambar tersebut dan Irdina tak sempat menyiapkan keseluruhan background tersebut. 
Apapun tahniah sayang. Kekalahan ini boleh menjadikan pengalaman buat sayang. 



tak sempat siap.. Irdina nangis-nangis ayah Azhar bagitau.. huhuu





Semua pemenang kategori 7 tahun ke bawah seramai 11 orang.



Ni antara gambar-gambar yang di share oleh ahli-ahli komuniti.






Pemenang tempat pertama kategori 7 tahun.















Pemenang tempat pertama kategori 8 tahun ke atas.


Pemenang -pemenang lain.









Selain pertandingan mewarna. Pertandingan gubahan tuala juga diadakan bagi wakil wanita setiap blok. Namun hanya 4 blok yang menghantar wakil.

Hasil daripada gubahan.




Bergambar beramai-ramai sebelum penerimaan hadiah.














Tuesday 29 August 2017

Huruf Jawi Dot Dot Dot

11:04 0 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Agak bersawang dah blog ni lama tak update sebenarnya..
InshaAllah nanti ada masa akan di update back dated.. hihiii

Kat sini kami nak share cara untuk bagi anak-anak belajar menulis huruf jawi dengan menyambungkan titik-titik yang telah disediakan. 

Nak lagi mudah.. Print then laminated.. 
Pastu bagi marker pen untuk anak-anak tulis.. 
Tapi kena pantau lah... Kang satu rumah dia lukis.. 

💚💕💗❤

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua..

Contoh 


klik HURUF JAWI

credit to : diarihati cikgu adda


Friday 7 July 2017

Hari Dialog Prestasi Akademik Tahun 2017 SKPPxx(x)

10:30 0 Comments

Alhamdulillah .. Harini umi pergi amik result exam Irdina... Abi tak dapat pergi sebab baru je cuti raya baru ni banyak hari... 
Takpe sayang.. Yang penting doa abi sentiasa untuk sayang...

Syukur result Irdina sangat membanggakan umi dan abi.. Walaupon no 4 dalam kelas..  Apa yang umi nak peratus dan pencapaian gred yang Irdina dapat.. Alhamdulillah Irdina dapat 4A dengan peratus 93.75% ..

English sayang agak lemah.. InshaAllah lepas ni usaha lagi yaa... 
Nanti kita cuba untuk peperiksaan akhir tahun lak yer...

Cikgu pon bagitaw Irdina sangat baik dalam kelas.. Tidak nakal (kalo kat uma .........)...  Bila cikgu bagi kerja cepat disiapkan.. Fokus..  Cuma 1 je masalah sayang... Mata sayang... Mata ni memang umi abi tengah cari klinik pakar mata area sini.. InshaAllah .. Nanti kita usahakan ya...

Doakan Irdina berjaya dunia dan akhirat...

Umi Abi dan keluarga semua doakan yang terbaik untuk Irdina ...






Wednesday 10 May 2017

Saturday 25 February 2017

Coloring contest kat McD Putrajaya.

11:47 0 Comments

Hari ni Irdina join coloring contest kat McD Putrajaya dengan kawan-kawan (Safwah, Amzar, Dhia n Ammar).

Alhamdulillah walaupun masih dalam cubaan mewarna, Irdina berjaya dapat no.2 daripada ramai-ramai anak-anak yang join contest tu.. Kira 3 yang terpilih laa...
Hehee

Contest ni terbahagi kepada 2 kategori :
A = 7 tahun ke bawah
B = 8 tahun ke atas

Gambar lukisan yang berjaya menambat hati juri 😻

No 3

No 2 : Irdina

No 1





















Selesai mewarna mereka dihiburkan oleh Badut McD hehee


















Safwah pon berjaya dapat no.3 kategori B
 


Alhamdulillah. Rezeki No.2 (Kategori A)






Pemenang Kategori A

Pemenang Kategori B





 Usai penyampaian hadiah, jom kita makan pula...


Berbaris ye anak-anak semua

Ok. pilih nak yang mana.


Ehhh gelojohnya anak umi makan. Lapar sangat tu 😋😆

Lets selfie.. Abi takde sebab keje
Selesai makan... Keluarlah superhero yang ditunggu-tunggu. Jom bergambar dulu. 

Cik Ina n kids

Yeahhh 

Big Smile 

hehe umi pon nak gak bergambar







End ~~~ Jom balik .... 







.

.