MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Wednesday 19 August 2020

Day 1 - Bercuti di Port Dickson Ogos 2020

22:00 0 Comments

19 Ogos 2020 ~ Rabu

Harini ni Irdina ada checkup Hospital, so umi dan abi amik keputusan nak cuti je harini. Then kita ke PD saja nak jalan-jalan tengok lampu. Esok kita cuti Awal Muharram.

Selesai je checkup, kita singgah McD ayer8 tu. Irdina nak sangat makan nasi lemak yang baru tu.

Selesai makan, umi uruskan dulu rumah yang kita nak beli kat Kedah. So p LPPSA submit borang. Tapi masih ada juga kesilapan surat. Sebab ada format baru. So terpaksa ke office minta kerani buat surat baru. Amik masa juga la. Dah siap surat, cari boss mereka nak sign. Tapi boss pula takde. So umi pun balik je la. Masa tu dah lewat sikit la. Dah kul12+.

So balik rumah kita amik baju semua, bawa Keiko sebab nak boarding kat Klinik. Call klinik Pet (JHanz) kat P15 ada kosong tapi sangkar premium. RM30 semalam. So okey jela. Dan kita pun terus buat grooming kat Keiko.

Selesai uruskan Keiko, kita teruskan perjalanan ke PD.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Takde jem takde masalah sehingga kita selamat sampai di Hotel.

Untuk kali ni umi booking kat MERLIN Hotel. Murah je hotel ni. Sebab last minute nak ke sini. Nasib la ada kosong lagi. Review hotel nanti kita  buat asing ye.

So kita check in dan berehat sekejap. Umi sempat terlelap 😴😴 hehee

Kul 6 camtu kita keluar lepak tepi pantai. Jalan-jalan tepi pantai. Nak mandi dah tak sempat. 






So lepas jalan-jalan dan dah gelap, kita ke Dinasour Kingdom. Ni la iklan dalam FB yang umi jumpa haritu. So rencananya kita ke sini je la. 

Sesampai disini, sunyi je. Takde orang. Masa kita sampai tu lebih kurang jam 8+pm. Kawasan dia betul-betul tepi jalan. Sunyi je, waktu siang lalu pun macam ye tak ye je tempat tu. Hahaha

So kat sini kita just ambil gambar je sebagai kenangan. Permainan n tempat bergambar pun takde banyak sangat macam dalam iklan. Rumah hantu pun ada satu je. Irdina nak masuk, tapi umi tak nak masuk. Hahaa and Umi pun taknak Irdina masuk takut satg malam nak tidur takut-takut pula. So tak jadi la masuk walaupun tahu hantu tu manusia sebab dia jalan je depan kita tadi. Hahaha












Sebenarnya abi buat love macam umi, tapi love jari pendek haha sebab tu tak nampak bentuk. Lepas tengok baru perasan tapi dah malas nak amik lagi sebab banyak sangat gambar Irdina snapppps. Thank you sayang jadi cameragirl umi dan abi 😘.














Irdina nak main kereta langgar ni. Abi layankan je. Hehee nak naik mainan dalam ni kena bayar asing. Untuk kereta langgar ni RM10 dalam 5 minit je main.


Selesai je bergambar kita makan di depan tu. Area parking kereta tadi.

Fazlina Steamboat.

Sedappp.. Layan je makan sambil bersila atas tikar bersepo-sepoikan angin.







 






.

.