MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Wednesday 22 June 2016

Ikan Siakap 3 Rasa

13:41 0 Comments



Bahan-bahannya.

1 ekor ikan siakap (kami guna 1/2 ja sebab 2 orang ja makan)
Serbuk Pasti Sedap Knoor
Minyak untuk menggoreng ikan

2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
Kiub nanas - takguna sebab kurang suka nanas tin.nanas biji pula susah nak cari n size 
besar (jarang makan)
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan
2.  Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Nak tambah lumur tepung jagung pon boleh. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4.  Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
5.  Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6.  Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7.  Masukkan air sedikit. Tambahkan garam & gula .
8.  Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang. 

ok siap dihidang.

Monday 20 June 2016

Jus Soda Herbs

09:38 0 Comments
Jus Soda Herbs

Air ni memang super power rasanya soda masam-masam asam lemon segar pudina dan serai manis-manis laici. Minum sejuk-sejuk. 


Pakai nset cap ayam jer

Bahan-Bahan:
1 botol besar air aiskrim soda.
1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
2 batang serai ~ dititik.
daun pudina ~ terpulang berapa helai.
1 biji lemon ~ dihiris nipis.
5 biji asam boi putih.
ketulan ais secukupnya.

Cara-Cara:
-Cuci semua bahan hingga bersih.
-Letakkan daun pudina secukupnya.
-Hiriskan lemon nipis-nipis. Masukkan lemon yang telah dihiris.
-Diikuti asam boi putih.
-Masukkan buah laici / longan.
-Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
-Letakkan ketulan ais jika suka.
-Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.


Ok. jom minum.!

Imej dari azlitamasammanis





Sunday 19 June 2016

Friday 17 June 2016

Solat Sunat Tarawih dan Witir dan Doa

13:07 0 Comments



Solat Sunat Tarawih Dua Rakaat



Niat solat untuk makmun
Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat makmum kerana Allah ta'ala

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at pertama: Surah At Takathur
Raka’at kedua: Surah Al Ashry

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: 
Raka’at ketiga: Surah Al Humazah
Raka’at keempat: Surah  Al Fiil

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: 
Raka’at kelima: Surah Al Quraisy
Raka’at keenam: Surah  Al Ma’un

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: 
Raka’at ketujuh: Surah Al Kautsar
Raka’at kelapan: Surah  Al Kafirun


Solat Sunat Witir Tiga Rakaat.

Sembahyang witir ini ditunaikan dengan satu takbiratul Ihram dan satu salam sahaja.  Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal.

Lafaz niatnya:



Niat solat untuk Makmum
Sahaja aku solat sunat witir tiga rakaat makmum kerana Allah Taala

Bacaan selepas al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah al-A’la
Rakaat kedua: Surah al-Kafirun
Rakaat ketiga: Surah-surah
1. Al-Ikhlas
2. Al-Falaq
3. An-Nas

*Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut sunat sujud sahwi.




 Doa Selesai Solat

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!  Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk  di atas Tahta Kehormatan di dampingi  bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam

 

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

 

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

 


Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!




Thursday 16 June 2016

Perbezaan Iftar Ramadhan,Moreh,Param,Tamar,Yang Yok

09:27 0 Comments


Istilah-Istilah Yang Sering Digunakan di Bulan Ramadhan

Iftar
Iftar Ramadhan bermaksud makan untuk berbuka puasa, iaitu apabila terbenamnya matahari pada bulan Ramadhan. Orang Melayu panggil berbuka puasa. Iftar Ramadhan pun sama juga dengan berbuka puasa.

Moreh
Moreh adalah jamuan makan yang biasanya diadakan selepas solat terawih berjemaah pada bulan Ramadhan. Makanannya pun biasanya sedap-sedap.

Yang Yok
"Puasa Yang Yok, pagi-pagi buka periuk". Maksudnya puasa olok-olok. Punca utama adalah disebabkan lupa bersahur.

Tamar
Tamar bermaksud buah kurma. Tamar juga nama seorang penulis novel seram terkenal iaitu Tamar Jalis. Kurma Jalis kurang sedap didengar. Tamar Jalis kelihatan lebih kacak.

PaRam

Param adalah singkatan kepada Pasar Ramadhan. Ada juga singkatan pasar lain yang tidak popular seperti Pasar Malam (Palam), Pasar Borong (Parong), Pasar Tani (Patani).

credit to blogapakahitu




Wednesday 15 June 2016

Telur Mata Simbah Kicap

11:21 0 Comments

Resepi terkejut ni namanya. resepi paling ringkas (terkejut bangun tidur takde masa nak masak dah untuk bersahur). Tapi kami buat resepi ni sebagai menu tambahan lauk-lauk lain. boleh kata telur tu wajib setiap sahur. hehe



Bahan-Bahan
Telur Goreng
Bawang Besar
Kicap
Cili Padi

Cara-cara
Goreng telur (1 family suka separuh masak).
Simbah kicap manis dan taburkan bawang serta cili padi.






Tuesday 14 June 2016

Puding Sagu Mutiara

10:44 0 Comments
Makan puding sagu nie sejuk-sejuk memamg ummppphhh. tambah lagi cuaca panas.
Nampak macam biji buah naga kan. hehee 





Sagu:
1 cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran (sirap rose/perisa pandan+pewarna hijau)

Cara-Cara:
Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam. Kemudian toskan dan dibilas dengan air.
Didihkan 1 liter air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Kacau supaya tidak melekat. Setelah masak, tutup api dan biarkan seketika.
Toskan sagu dan lalukan dibawah air untuk buang kanji. 
Masukkan warna pada sagu dan kacau dengan garfu/sudu sehingga warna sekata.
Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).  

Untuk Manisan:
1 ketul gula melaka 
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
Hancurkan gula melaka.
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis.
Jika taknak terlalu manis boleh kurangkan gula.

Santan:
1 cawan pati santan/susu cair
1/4 sudu teh garam

Cara Menghidang:

Keluarkan sagu dari acuan, curahkan gula melaka dan susu cair(kami guna susu cair). 
Boleh ditambah sesudu jagung manis.


post-feature-image
sumber gambar resipicitarasawan



Monday 13 June 2016

Menu Ringkas Sahur Ikan Bilis

14:37 0 Comments

Menu Ringkas Sahur

Menu daripada ikan bilis sememangnya enak meskipun ringkas. Ianya dapat membuka selera. Berikut adalah beberapa menu pilihan yang sesuai untuk berbuka mahupun sahur.
1. Sambal Ikan Bilis Kentang (versi kering ranggup)24815_120036908009821_120026151344230_299431_762416_n
Bahan-Bahan:
3 biji kentang
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
gula secukup rasa
sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)
Cara Penyediaan:
Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.

2. Ikan Bilis Goreng Asam (Dengan Asam Jawa)


Pic from cookingwithmarinamustafa.vlogspot.com
Pic from cookingwithmarinamustafa.blogspot.com

Bahan-bahannya:

Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 1 biji
Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
1 sudu besar gula
Garam (secukup rasa)
Ikan bilis
Kentang 1 biji (dipotong nipis)
Minyak
Cara-caranya:
Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!
Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu.

3.Sambal Ikan Bilis Dan Kacangsambal-bilis-kacang
Bahan-bahan
100 g ikan bilis goreng dan sejukkan
200 g kacang tanah goreng dan sejukkan
sedikit air asam jawa
3 sdb gula garam secukup rasa
Minyak menumis 1/2 cawan
Bahan Giling 30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah- Blend semua bahan sehingga halus
Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis bahan blend Masukkan gula,garam dan air asam biar sehingga agak gareng dan kering bersakar sedikit. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika Masukkan kacang goreng dan bilis goreng..gaul rata dan pastikan sambal menyaluti kacang dan bilis sepenuhnya

4.Sambal Ikan Bilis Hijau ( Campur petai / Terung Pipit)
Pic from mamatia.blogspot.com
Pic from mamatia.blogspot.com
Bagi peminat sambal belacan, apa kata cuba resipi sambal hijau ala padang untuk menu berbuka puasa bersama keluarga.
Ia pasti enak dimakan bersama nasi yang masih panas dan ikan masin untuk menambah selera anda.
Bahan-bahan:
100 gram cili hijau
Sedikit cili padi
1 ulas bawang besar
100 gram terung pipit/petai
Sedikit belacan
1 biji tomato – dipotong dadu ( optional)
Ikan bilis
Cara-cara:
Goreng ikan bilis sehingga garing dan asingkan.
Cili hijau, cili padi dan belacan dikisar. Kemudian tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
Masukkan terung pipit atau petai, bawang besar, potongan tomato dan ikan bilis. Tumis semua bahan tadi dan taburkan sedikit garam.
Angkat dan hidang.

5. Kerabu Ikan Bilis



Pic from Karangkraf
Pic from Karangkraf
Bawang besar/merah
Cili api/padi
Daun limau purut
Serai
Semua diatas dihiris halus2
Ikan bilis goreng
Sedikit gula
Air limau kasturi
Gaul semua bahan dan sedia untuk dimkn

Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.
6. Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai
Pic from 1001 resepi
Pic from 1001 resepi




Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering – dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia – opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam
Cara cara:
Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.
Nota:
Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.
7. Ikan Bilis Goreng Masak Kicap
ikan bilis kicap 5
Bahan-bahannya:
1 cawan ikan bilis – di goreng garing
1 labu bawang besar di hiris
1 tangkai cili merah – di hiris
1 tangkai cili hijau – di hiris
10 batang cili api di hiris atau di ketuk
2 sudu besar kicap manis
Secubit garam untuk perasa (jika perlu)
Cara-caranya:
1. Ikan bilis yang di goreng garing di ketepikan.
2. Gunakan sedikit minyak sahaja dan tumiskan
bawang hiris sehingga naik bau wangi.
3. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili api tadi.
4. Masukkan kicap manis dan gaul rata.
5. Tutupkan api.
6. Masukkan pula ikan bilis goreng tadi di gaul rata.
Sedia untuk di hidang.
Makan dengan nasi panas-panas ye? Selamat Mencuba!!

Jus Kurma Susu

10:23 0 Comments
Nyummmm .. sedapnya dengar.. sejuk je rasa. Jus kurma ni kalo minum sejuk-sejuk mesti sedap. Jus ni kami buat untuk encik husband (sahur+iftar). Makanan ni sangat baik untuk kesihatan dan kecergasan. 


Bahan-Bahan:
5 biji kurma (lebih pon boleh-baik dalam gandaan ganjil-Sunnah Nabi)
½ gelas air kosong
1 gelas susu segar/susu kambing/susu tepung (dibancuh)

Cara-cara:
Buang biji kurma dan isinya diracik-racik.
Rendamkan isi kurma bersama ½ gelas air kosong sehingga kembang. (Kami rendam semalam sebelum tidur sehingga sahur. Nak cepat guna air panas).
Blend kurma bersama segelas susu.

Sedia untuk diminum. *boleh ditambah ais


Boleh minum dipenutup sahur. Dekat-dekat nak imsak. hehe
Jangan lupa selawat ke atas Nabi dan doa semoga Allah mempermudahkan puasa dan urusan seharian.

InshaAllah perut akan sentiasa kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.
Sesuai juga untuk anak-anak yang baru nak berpuasa. 

Selamat Mencuba.! 



Sumber:Google
Sebab lupa nak snap gambar cantik-cantik. Huhu

Encik husband menjeling je nak snap gambar. Hahaa









Thursday 9 June 2016

Kelebihan dan Kekurangan Menggunakan PayPal

14:12 0 Comments

Kelebihan Menggunakan PayPal

>> merupakan transaksi online paling mudah dan ringkas untuk membuat bayaran diseluruh dunia
>> merahsiakan dan menyimpan maklumat bank kita dengan selamat
>> tiada caj tambahan dikenakan ketika bayaran dibuat
>> memudahkan urusan kita membeli barang luar negara secara online
>>digunakan juga untuk mengirimkan wang ke luar negara 
>> wang yang diterima oleh mereka disana (oversea) dengan kadar segera (mcm bg duit by hand)
>> Pengguna terbanyak seluruh dunia. Ini membuktikan PayPal boleh dipercayai, cepat, mudah dan selamat


Kekurangan Menggunakan PayPal


<< Penyalahgunaan PayPal mungkin berlaku (Cracker ada dimana-mana)
<< Kedua penghantar dan penerima wang mesti mempunyai akaun PayPal
<< Penerima wang mesti (Peniaga/Penerima duit) dikenakan caj 11% (kalo tak silap laa) setiap kali menerima duit bayaran
<< Transfer duit juga dikenakan caj (urusan Currency Exchange)

Cara Daftar & Guna PayPal .?

12:55 0 Comments

Cara Daftar & Guna Paypal.?

Cara nak daftar & guna PayPal first skali wajiblah sign up dulu sebagai ahli kan... hehee
dah ada akaun sendiri baru lah boleh guna PayPal  nie. Register tu simple je. 

Boleh daftar di Website PayPal di >> sini <<

Ni step by Step untuk Register

Klik butang Sing Up

Klik Get Started. Pilih mana yang kita nak guna. Kami pilih Buy With PayPal sebab kami nak wat belian. Sebelah kanan tu untuk terima bayaran a.k.a sesuai untuk Penjual

Masukkan details yang diperlukan

Masukkan details yang diperlukan

Masukkan details yang diperlukan. Kalo takmau lagi klik ja I'll do it later.

Ok .. Done.! Dah boleh guna


Jangan takut-takut nak tinjau website nie. Tak kena duit pon. hehee


Dah register jangan lupa verifying information tu





Alhamdulillah .. 

Senang kan .. Sharing is Caring ..

.

.