MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Sunday, 9 October 2016

Quality Time With Family Part 3 ~ Marina Putrajaya ~ Swimming Class

16:30 0 Comments

--->

Marina Putrajaya




Then kami terus melepak di tepi "Pantai buatan" Putrajaya. Gambar umi abi sikit je sebab Irdina & abi yg over nak bergambar berdua (bagi umi jeles katanya).





umi tak dapat duduk atas abi sebab ramai orang. Saja je dia duduk atas abi.
Nak bagi umi jelesss katanya. "Abi, peluk la Dina". Huhuu



Selesai je melepak, perut terasa kelaparan pula. Then pusing la ke McD tepi tasik Putrajaya tu. Hehehee. Alhamdulillah dapat meja betul-betul depan tempat mainan. So sambil makan Irdina boleh la main. (gambar teda sebab sibuk nak makan.. Hahahaha)



Sekian untuk hari ini. Alhamdulillah bersyukur sangat diberi peluang untuk menggembirakan seorang puteri dihati kami. Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah. Aamiin.

Quality Time With Family Part 2 ~ MyRumah ~ Hartanah

16:15 0 Comments
-->

MyRumah





bahagian kanak-kanak


hasilnya

alhamdulillah. umi dapat lucky draw. bowl from Ikea.


InshaAllah rencana tahun depan nak beli rumah. Doakan kami ya. Aamiin.


Selesai je pameran nie, kami terus menuju pulang ke Putrajaya. Walaupon keadaan dah macam nak malam tapi jam masih awal. So my Mr Handsome Husband bercadang untuk pergi kat area PICC survey tempat mandi untuk Irdina sayang. Then jumpa la kata-kata hikmah disini. Jom ke Marina Putrajayahttp://mrmrsmissarrogant.blogspot.com/2016/10/Quality-Time-With-Family-Part-3.html

Friday, 23 September 2016

PENGELUARAN KWSP (AKAUN II)

16:06 0 Comments
PENGELUARAN KWSP (AKAUN II)

PENGELUARAN MEMBELI RUMAH MELALUI AKAUN II KWSP

TUJUAN

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.

Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

KELAYAKAN MEMOHON

(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang ;
§ Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
§ Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

 Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN

 Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

SYARAT- SYARAT PENGELUARAN

Ahli Layak Memohon Sekiranya :-

1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ /
‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.

2. Pembiayaan pembelian rumah melalui ;

 (i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :-
 Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
 Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
 Majikan ahli
 Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia).
 Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
 Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; 
 ATAU
 (ii) Secara tunai.

3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.

4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya
atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.

5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah
hendaklah dalam tempoh 6 bulan).

Ahli Tidak Layak Memohon Sekiranya :-

 Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
 Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
 Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
 Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
 Membeli rumah ketiga
 Membeli rumah di luar negara

Sumber:
http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/717786/Risalah_Membeli_Rumah_Jun_2013.pdf


Wednesday, 8 June 2016

Penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca

12:28 0 Comments

Assalamualaikum ...

Tetiba terpanggil nak wat entry pasal pengasingan sisa pepejal nie ... saja terajin wat research sket pasal isu yang baru-baru nie "aktif" di media sosial ... isu ni terjadi disebabkan landfill dah nazak akibat sampah kitar semula terlalu banyak ... ni info dari kawan kerja bahagian nie .... Tq Abang Azam for the info ...


apa yang kami faham ... cara pengasingan sisa pepejal nie ada 2 jenis tong iaitu tong sampah dan tong kitar semula .. dan tong kitar semula ni pulak ada beberapa jenis barang yang perlu diasingkan seperti kertas, plastik dan lain-lain item ... kat Negara luar dah lama praktikkan .. kat Malaysia kerajaan dah start mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat mulai 1 SEPTEMBER 2015 tapi gayanya suram .. sebab tu tahun ni lebih penguatkuasaan dijalankan .. huhuu

Pelaksanaan ini berdasarkan peraturan dibawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuatkuasa di negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya, Kedah, Perlis, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Jika gagal, boleh dikenakan kompaun minimum RM500.00 ..




Ok .. jom kita tengok apa tu pengasingan sisa pepejal nie ...



Macam kami kata tadi .. ada 2 jenis iaitu :


tong sampah 

tong kitar semula








SISA BAKI YANG DIMASUKKAN KE DALAM TONG SAMPAH

Sisa Dapur •  Sisa Makanan  Bahan-Bahan Kotor  Lampin Pakai Buang
Sisa baki mestilah dibungkus dengan rapi ke dalam plastik/bekas yang sesuai dan dimasukkan ke dalam tong yang telah disediakan.

Kutipan dilakukan 2x Seminggu













JENIS SISA KITAR SEMULA YANG PERLU DIASINGKAN MENGIKUT KUMPULAN

Kertas 
 Plastik  Lain-lain  Sisa Pukal  Sisa Kebun
Sisa kitar semula yang diasingkan mestilah dibungkus rapi ke dalam plastik/bekas yang sesuai dan diletakkan di tepi tong pada hari kutipan (sesetengan tempat telah disediakan tong tersebut) atau letak dibahu jalan dihadapan rumah pada hari kutipan .. 
Kutipan dilakukan 1x Seminggu





 











Selamat Mengkitar Semula ..


KE ARAH NEGARA BERSIH, INDAH & SEJAHTERA

Thursday, 7 April 2016

Jadual Dan Harga Baharu Tiket ERL 2016

10:15 0 Comments

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah syarikat yang mengendalikan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit di laluan KL Sentral-KLIA/KLIA2.
KLIA Ekspres merupakan tren terus tanpa henti dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 dan sebaliknya. Manakala KL Transit pula merupakan train biasa yang akan berhenti di 3 hentian selain KL Sentral dan KLIA, iaitu stesen Bandar Tasik Selatan (BTS), Putrajaya/Cyberjaya dan Salak Tinggi.
Berikut dikongsikan beberapa maklumat mengenai jadual perjaanan dan tambang KLIA Ekspres dan KLIA Transit.


Tambang / Harga Tiket ERL

Kadar tambang tren ERL akan dinaikkan bermula tahun 2016. Berikut adalah harga tiket KLIA Ekspres dan KLIA Transit berkuatkuasa 1 Januari 2016:
Jadual Dan Harga Tiket ERL schedula and fare
  • Kadar Tambang KLIA Ekspres

    Berikut adalah senarai harga baharu tambang KLIA Ekspres (KL Sentral-KLIA/KLIA2):
    Tambang Baharu (RM)Beli di kaunterBeli di kiosk/website/app
    Dewasa satu hala55.0049.50
    Kanak-kanak satu hala25.0022.50
    Dewasa pergi balik100.0090.00
    Kanak-kanak pergi balik45.0040.50
  • Kadar Tambang KLIA Transit

    Berikut adalah jadual harga baharu tambang KLIA Transit:
    Tambang Baharu (RM)KL SentralBandar Tasik Selatan (BTS)Putrajaya & CyberjayaSalak TinggiKLIA
    Bandar Tasik Selatan (BTS)
    6.50
    2.90
        
    Putrajaya & Cyberjaya
    14.00
    6.30
    8.00
    3.60
       
    Salak Tinggi
    18.30
    8.20
    12.40
    5.60
    4.70
    2.10
      
    KLIA
    55.00
    25.00
    38.40
    17.30
    9.40
    4.20
    4.90
    2.20
     
    KLIA2
    55.00
    25.00
    38.40
    17.30
    9.40
    4.20
    4.90
    2.20
    2.00
    1.00
    Huruf tegak untuk harga tiket dewasa, manakala huruf condong warna biru untuk harga tiket kanak-kanak.  Harga tiket pergi balik KLIA Transit adalah dua kali ganda harga tiket sehala, kecuali sektor KL Sentral-KLIA/KLIA2.
KT One-way Fares
sumber : https://www.kliaekspres.com/plan-buy/fares-passes/


Jadual Perjalanan Tren ERL

Berikut adalah jadual perjalanan tren pertama dan tren terakhir KLIA Ekspres dan KLIA Transit. Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar/jelas.

  • Jadual KLIA Ekspres

    jadual KLIA Ekspres
    Kekerapan perjalanan adalah setiap 20 minit dalam waktu puncak, setiap 30 minit dalam waktu biasa, dan setiap 30 minit selepas tengah malam. Tempoh perjalanan ialah 28 minit untuk KLIA – KL Sentral, manakala 33 minit untuk KLIA2 – KL Sentral.
    Untuk jadual tren KLIA Ekspres yang terperinci (yang memaparkan masa setiap perjalanan), sila rujuk Jadual Perkhidmatan Tren KLIA Ekspres di sini.
  • Jadual KLIA Transit

    jadual KLIA Transit
    Kekerapan perjalanan adalah setiap 20 minit dalam waktu puncak, manakala setiap 30 minit dalam waktu biasa.
    Untuk jadual tren KLIA Transit terperinci (yang memaparkan waktu setiap perjalanan), sila rujuk Jadual Perkhidmatan Tren KLIA Transit di sini.



.

.