MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Showing posts with label Drinks. Show all posts
Showing posts with label Drinks. Show all posts

Monday, 20 June 2016

Jus Soda Herbs

09:38 0 Comments
Jus Soda Herbs

Air ni memang super power rasanya soda masam-masam asam lemon segar pudina dan serai manis-manis laici. Minum sejuk-sejuk. 


Pakai nset cap ayam jer

Bahan-Bahan:
1 botol besar air aiskrim soda.
1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
2 batang serai ~ dititik.
daun pudina ~ terpulang berapa helai.
1 biji lemon ~ dihiris nipis.
5 biji asam boi putih.
ketulan ais secukupnya.

Cara-Cara:
-Cuci semua bahan hingga bersih.
-Letakkan daun pudina secukupnya.
-Hiriskan lemon nipis-nipis. Masukkan lemon yang telah dihiris.
-Diikuti asam boi putih.
-Masukkan buah laici / longan.
-Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
-Letakkan ketulan ais jika suka.
-Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.


Ok. jom minum.!

Imej dari azlitamasammanis





Sunday, 19 June 2016

Tuesday, 14 June 2016

Puding Sagu Mutiara

10:44 0 Comments
Makan puding sagu nie sejuk-sejuk memamg ummppphhh. tambah lagi cuaca panas.
Nampak macam biji buah naga kan. hehee 





Sagu:
1 cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran (sirap rose/perisa pandan+pewarna hijau)

Cara-Cara:
Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam. Kemudian toskan dan dibilas dengan air.
Didihkan 1 liter air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Kacau supaya tidak melekat. Setelah masak, tutup api dan biarkan seketika.
Toskan sagu dan lalukan dibawah air untuk buang kanji. 
Masukkan warna pada sagu dan kacau dengan garfu/sudu sehingga warna sekata.
Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).  

Untuk Manisan:
1 ketul gula melaka 
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
Hancurkan gula melaka.
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis.
Jika taknak terlalu manis boleh kurangkan gula.

Santan:
1 cawan pati santan/susu cair
1/4 sudu teh garam

Cara Menghidang:

Keluarkan sagu dari acuan, curahkan gula melaka dan susu cair(kami guna susu cair). 
Boleh ditambah sesudu jagung manis.


post-feature-image
sumber gambar resipicitarasawan



Monday, 13 June 2016

Jus Kurma Susu

10:23 0 Comments
Nyummmm .. sedapnya dengar.. sejuk je rasa. Jus kurma ni kalo minum sejuk-sejuk mesti sedap. Jus ni kami buat untuk encik husband (sahur+iftar). Makanan ni sangat baik untuk kesihatan dan kecergasan. 


Bahan-Bahan:
5 biji kurma (lebih pon boleh-baik dalam gandaan ganjil-Sunnah Nabi)
½ gelas air kosong
1 gelas susu segar/susu kambing/susu tepung (dibancuh)

Cara-cara:
Buang biji kurma dan isinya diracik-racik.
Rendamkan isi kurma bersama ½ gelas air kosong sehingga kembang. (Kami rendam semalam sebelum tidur sehingga sahur. Nak cepat guna air panas).
Blend kurma bersama segelas susu.

Sedia untuk diminum. *boleh ditambah ais


Boleh minum dipenutup sahur. Dekat-dekat nak imsak. hehe
Jangan lupa selawat ke atas Nabi dan doa semoga Allah mempermudahkan puasa dan urusan seharian.

InshaAllah perut akan sentiasa kenyang dan badan kekal bertenaga sepanjang hari.
Sesuai juga untuk anak-anak yang baru nak berpuasa. 

Selamat Mencuba.! 



Sumber:Google
Sebab lupa nak snap gambar cantik-cantik. Huhu

Encik husband menjeling je nak snap gambar. Hahaa









.

.