MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Saturday 31 October 2020

Monday 26 October 2020

Beli Tent Arpenaz 4.1 Fresh & Black di Decathlon

17:22 0 Comments

 26 Oktober 2020 ~ Isnin

Hai semua.................

Harini lepas balik kerja, tunggu encik suami balik. Selesai je semua, kita bergerak ke Decathlon Shah Alam, gara-gara khemah yang ditunggu telah tiba..

Kami memilih Arpenaz 4.1 fresh & black sebab ia boleh dikatakan sesuai untuk kami 3 beranak. Hahahaaa selain tu, f&b menjadi pilihan utama kerana dari kebanyakan review mengatakan f&b ni sememangnya sejuk bila berada didalamnya walaupun ketika panas (kurang bahang). Selain tu, dalam dia berwarna hitam. So bila pasang lampu dalam tent pun agak gelap dan tak nampak orang didalam. Sebab tu antaranya kami memilih 4.1 f&b ni. Owhh ya agak berat juga ye nak diangkut. Heheheee

Mula-mula nak amik Inflatable Tent - Air Seconds 4.1 F&B. Tapi disebabkan husband kata agak kurang mencabar nak pasang (cewah) sebab dia just pam-pam. So kami amik Arpenaz tu je la. Boleh rujuk gambar dibawah ye. Gambar dari Decathlon.

Tunggu nanti bila kita dah gunakannya. PKPB lagi ni. takley nak ON lagi. Hahaa








Owh yaaaa.. Selain yang ni, sesampai disana. Tetiba husband berubah fikiran. Dari 1 dia angkat 2 tent. Hahaha berhantu Decathlon tu. So kami ambil satu lagi khemah kecil Camping Tent Arpenaz F&B 3 person ---> boleh tengok disini.

Sunday 4 October 2020

Makan di Rumah Makan Cibiuk Malaysia - HQ Kajang

22:42 0 Comments

  04 Oktober 2020 ~ Ahad


Alhamdulillah. Harini masa untuk kita bersukaria.

So harini abi rancang nak ke Kajang (kedai tayar).

Sebelum ke kedai tayar, kita singgah makan dulu.

Lokasi dia antara Kajang dan Bangi....... Kita pakai Waze ja sebab dah sampai Kajang, dah memusing tak tau nak makan kat mana. Umi google kedai makan viral Kajang. So jumpa la kedai ni -- CIBIUK --

Jom kita try kedai Viral ni.

Alhamdulillah makanan so far semua ok. Sedap...

Sumber : Rumah Makan Cibiuk

Gambar kali ni tak berapa nak cun sebab kalut nak makan. Kelaparan.... Hahahaaa


Air kosong | Tembikai | Teh O Ais | Air Jeruk


Nasi Liwet Komplit Ayam Kampung Bakar

Sup Iga Bakar


Nasi Liwet Komplit Ayam Dara Bakar



Bismillah











Sumber : Cibiuk











Selesai makan kita nak mencari kedai tayar, tapi tetiba CELCOM buat hal. 1 Malaysia takde line uii. Hahaha So tak dapat la kita ke kedai tayar sebab tak tau lokasi. Pusing memusing kita mencari,tak dapat dikesan juga, then balik ke Putrajaya je la.


.

.