MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Sunday, 4 October 2020

Makan di Rumah Makan Cibiuk Malaysia - HQ Kajang

22:42 0 Comments

  04 Oktober 2020 ~ Ahad


Alhamdulillah. Harini masa untuk kita bersukaria.

So harini abi rancang nak ke Kajang (kedai tayar).

Sebelum ke kedai tayar, kita singgah makan dulu.

Lokasi dia antara Kajang dan Bangi....... Kita pakai Waze ja sebab dah sampai Kajang, dah memusing tak tau nak makan kat mana. Umi google kedai makan viral Kajang. So jumpa la kedai ni -- CIBIUK --

Jom kita try kedai Viral ni.

Alhamdulillah makanan so far semua ok. Sedap...

Sumber : Rumah Makan Cibiuk

Gambar kali ni tak berapa nak cun sebab kalut nak makan. Kelaparan.... Hahahaaa


Air kosong | Tembikai | Teh O Ais | Air Jeruk


Nasi Liwet Komplit Ayam Kampung Bakar

Sup Iga Bakar


Nasi Liwet Komplit Ayam Dara Bakar



Bismillah











Sumber : Cibiuk











Selesai makan kita nak mencari kedai tayar, tapi tetiba CELCOM buat hal. 1 Malaysia takde line uii. Hahaha So tak dapat la kita ke kedai tayar sebab tak tau lokasi. Pusing memusing kita mencari,tak dapat dikesan juga, then balik ke Putrajaya je la.


Monday, 14 September 2020

Makan di Smoke Kingdom by DonDaniyal, Ayer8

20:30 0 Comments

14 September 2020 ~ Isnin


Amik Irdina balik sekolah.

Nak makan mana.??? 

Tu je ayat yang selalu keluar dari mulut abi.............

Dan jawapan umi.. Hmm  nak makan mana eh... Sayang, nak makan kat mana? (umi tanya Irdina) haha 

Dan akhirnya... umi teringat kedai makan kat Ayer8.

S M O K E    K I N G D O M   b y   D O N D A N I Y A L

So, jom kita try.

Alhamdulillah, so far makanan semua ok. Sedap..........

Air kita order Ice Lemon Tea (Irdina), Carrot Susu (umi) dan Honeydew (abi).

Irdina order favorite lah.. Buttermilk Chicken.

Umi dan abi try order Special Youyu Striploin Steak. Side dish, sayur dan fries atau potato baked. So kita ambil fries. 

Memandangkan rasa tak kenyang umi nak makan steak tu berkongsi dengan abi, dan Irdina dah habiskan buttermilk, ditambah makan steak, so umi order tambah Madness Teriyaki Salmon.

So far alhamdulillah semuanya sedap. Korang mesti try.














ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ

Monday, 2 September 2019

Makan di MAKAN CULTURE The Mines Seri Kembangan

15:06 0 Comments
Isnin - 2 September 2o19 


Hari ketiga (Cuti Merdeka dan Awal Muharram). 

Harini merupakan cuti ganti untuk Awal Muharram yang jatuh pada hari Sabtu (1 Sept 2o19). 

2 hari dah berjalan sana sini. Kaki ni memang lenguh tak sangga laaa (kata orang Kedah)..

Disebabkan Sabtu haritu lepas balik tengok Merdeka (link) , kita ke The Mines sebab nak naik cruise. Tapi boat yang kita nak naik tu dah tutup. Last boat 6pm . Kita sampai kul 5.45 petang camtu. Dah full katanya. So kena la p awal untuk book dulu (tapi perlu book hari yang sama).

So harini rancangan kita nak ke Waterpark gagal lagi (gara-gara seluar swim abi tak dikesani) hahaa so kita tunaikan janji yang Irdina minta. 

So pagi ni kita ke sini. Masa sampai tu dah nak dekat jam 11 pagi. So kita terus menuju ke kaunter tiket Cruise memandangkan takut kehabisan tiket.

Bila sampai je kat kaunter tiket. Orang tu bagitau jam 1.30 boat paling awal yang masih ada kekosongan. Tu pun hanya 4 slot. Then umi abi terus block booking la.. Nasib la pergi kaunter dulu sebab abi ajak makan dulu. Hahahaa Kalau tak.. Lagi lambat laaa...


Selesai tempah tiket, kita mencari makanan. So dalam banyak-banyak kedai kita pilih kedai ni ...




Air kita order Ice Lemon Tea dan Hot Chocolate. ACtually abi tersilap nak order Chocolate Ice. Tapi air ni 1st order (cam biasa - kita selalu berkongsi). 2nd order kita tambah air Ice Lemon Tea juga. Owh ya, Hot Chocolate tu agak menghambarkan. Ceroii orang Kedah kata. 
  


Makanan pula kita order nasi goreng cina (Irdina) dan CHicken ButterMilk (Abi) dengan nasi putih. Umi cam biasa la share ngan Irdina. Tu pun tak habis. Hahahaa









Alhamdulillah selesai makan kita melepak sementara menunggu waktu (1.20petang ke Cruise).

Jom kita naik Cruise ---> CLICK HERE

Sunday, 28 July 2019

Makan Tengahari di Restoran Bawal Power Sempoi

12:00 0 Comments
28072019 - Ahad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Okey hari ni kita try makan di Restoran Bawal Power Sempoi Cyberjaya.
Jalan nak ke sini kalau dilihat agak sunyi.. Luarnya macam takde pape..
Macam tiada orang masuk ke sini.. tapi bila dah masuk ke area restaurant.. 
Kereta penuhhhh.. 
Alhamdulillah rezeki kami masih ada parking  dan meja kosong...





Untuk menu tengahari ni kami try :
Sotong
Ikan Bawal 
Ayam Percik 

Kita just pilih je lauk apa nak..
Nasi dah bersekali set dengan kuah gulai (ada bendi)..

Sambal-sambal belacan or kicap boleh amik sendiri..
Sayur-sayuran juga PERCUMA ..







Ni ada sedikit gambar daripada facebook Restoran sebab umi tak sempat nak bergambar sangat... Kelaparan akibat semalam menjerit "bola"...


"Set Bawal, Udang, Sotong, Cencaru, Kembung, Udang, Talapia di bakar & goreng panas-panas. Juga terdapat siput, pucuk ubi, perut dan sbgnya."








Alamat :
Futurise Centre,
Block 3710, Persiaran Apec, 
63000 Cyberjaya.
Contact No : 011-3533 1741
Mon-Sun :11:00 am – 5:00 pm


.

.