MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Monday, 4 July 2016

Agar-Agar Santan Pandan / Lumut

10:05 0 Comments



Bahan A
20 gm agar-agar strips (boleh direndam seketika, jika mahu)
4 cawan air
1 1/2 cawan gula [boleh kurangkan jika tak suka manis]

Bahan B
2 cawan 
6 helai daun pandan
1 cawan santan pekat (kami guna santan KARA)
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
Setitik dua pewarna hijau jika suka (kami tak guna)

Cara-cara
Masak Bahan A sehingga mendidih dan larut. Perlahankan api.

Bahan B. Kisar daun pandan bersama air dan tapis.
Pukul telur bersama santan dan garam hingga sebati. 
(Jika menggunakan pewarna masukkan bersama)

Tuang semua bahan B ke dalam periuk agar-agar. 
Kacau sehingga mendidih. Angkat.

Tuang ke dalam loyang dan sejukkan sebelum dipotong.


Tuesday, 14 June 2016

Puding Sagu Mutiara

10:44 0 Comments
Makan puding sagu nie sejuk-sejuk memamg ummppphhh. tambah lagi cuaca panas.
Nampak macam biji buah naga kan. hehee 





Sagu:
1 cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran (sirap rose/perisa pandan+pewarna hijau)

Cara-Cara:
Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam. Kemudian toskan dan dibilas dengan air.
Didihkan 1 liter air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Kacau supaya tidak melekat. Setelah masak, tutup api dan biarkan seketika.
Toskan sagu dan lalukan dibawah air untuk buang kanji. 
Masukkan warna pada sagu dan kacau dengan garfu/sudu sehingga warna sekata.
Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).  

Untuk Manisan:
1 ketul gula melaka 
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
Hancurkan gula melaka.
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis.
Jika taknak terlalu manis boleh kurangkan gula.

Santan:
1 cawan pati santan/susu cair
1/4 sudu teh garam

Cara Menghidang:

Keluarkan sagu dari acuan, curahkan gula melaka dan susu cair(kami guna susu cair). 
Boleh ditambah sesudu jagung manis.


post-feature-image
sumber gambar resipicitarasawan



.

.