MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Tuesday, 21 January 2020

Itinerary Percutian Lake Toba - Parapat - Berastagi - Medan

20:45 2 Comments
Alhamdulillah.

Selesai trip ke Lake Toba - Medan. 

*update. 

    • 12-16 Januari 2020.
    • Total 5 Hari 4 Malam. 
    • 2 Dewasa 1 Kanak-kanak.
    • RM1900.00
    • Include :

      • Hotel 4 malam
      • Makan (4x breakfast, 4x lunch, 4x dinner)
      • Tiket lawatan
      • Transport
      • Tiket Ferry
      • Parking & Toll (Setiap kali parking kena bayar walaupun sekejap 😞)
      • Petrol & Driver


Disini kami share itinerary penuh sepanjang lima hari di sana.




Hari Pertama :

  • Tiba di Airport Silangit - DIjemput oleh Rahmat (Tour Guide kami sepanjang 5 hari)
  • Sipoholon (Kami request tambahan)
  • Makan Tengahari 1 di Resto Mak Yus 
  • Bergambar di Siborong-borong (sebelah Resto Mak Yus)
  • Tele Tower View
  • Efrata Waterfall
  • Hollbung Hill
  • Makan Malam 1
  • Check in hotel – JTS Hotel
Hari Kedua :

  • Sarapan di Hotel
  • Pulau Samosir - Kampung Tomok / Batak 
  • Menaiki feri bersama kereta ke Parapat
  • Makan Tengahari 2
  • Ke Pantai (Bergambar je sebab spead boat , banana apa semua takde)
  • Check in hotel - Patra Comfort Parapat Hotel 
  • Makan Malam 2 di Hotel
Hari Ketiga :

  • Makan pagi 2 di Hotel
  • Bertolak ke Berastagi
  • Singgah minum Teh Halia dan pisang goreng
  • Simarjarunjung (bergambar) - banyak lokasi sepanjang jalan : pilih je mana nak.
  • Makan tengahari 3
  • Air Terjun Si Piso-Piso
  • Kebun Limau
  • Strawberry Farm
  • Check in hotel - Mikie Holiday Resort
  •  Makan Malam 3 
Hari Keempat :

  • Bukit Gundaling - Pemandangan Gunung Sinabung dan Sibayak
  • Singgah sekejap di Hotel Sinabung - request dari kami sebab nak berjumpa kawan 
  • Pasar Buah Segar Berastagi
  • Menuju ke Medan
  • Makan tengahari 4 (kurang best)
  • Membeli belah kain batik, telekung, kain pelekat dan kain sulam di Gedung 
  • Check in hotel - Hotel Madani, Medan
  • Makan Malam 4
  • Merdeka Walk
Hari Kelima :

  •  Makan pagi di Hotel Madani
  • Istana Maimoon 
  • Shopping area Istana (ole-ole)
  • Zulaikha Bika Ambon
  • Makan tengahari (Bakso) - bayar sendiri
  • Bergerak ke Airport KualaNamu
  • Bye-bye Indonesia. Semoga dapat datang lagi kesini.


Senarai Makanan :


Makan Tengahari 

Hari Pertama - Bakso Bihun + Nasi Ayam Penyet + Nasi Bakso + Air Carrot + Teh Manis + Avocado

<gambar>

Hari Kedua - Nasi set

<gambar>

Hari Ketiga - Nasi set (Ikan Nila aka Talapia Bakar + Kangkung +  Sambal Sedap + Air Putih)

<gambar>

Hari Keempat - Nasi Set (Ayam goreng + Sup Ayam +   + Air Putih)

<gambar>

Hari Kelima - Bakso + Sate Kerang + Air  Teh Botol + Air Putih

<gambar>

Sunday, 12 January 2020

Day 1 - Tele Tower View

13:00 0 Comments
12 Januari 2020 Ahad

Alhamdulillah. Selesai kita mengenyangkan perut. Kita meneruskan perjalanan ke Tele Tower View. Perjalanan hampir 1 jam 30 minit. 

Disini takde apa. Cuma melihat pemandangan dan keindahan ciptaan Allah. Subhanallah. Cantik sangat menghijau. Sejuk . Oh ya, Rahmat tidak hentikan kami betul-betul di Tele Tower tu. Kami berhenti atas sikit selepas Tele Tower.  Dari sini cuma kami bergambar untuk kenangan.  Orang kata view ni macam di Kashmir or New Zealand 😍.












Selesai bergambar, kami meneruskan perjalanan ke Efrata Waterfall.









Day 1 - Sipoholon

08:41 0 Comments
12 Januari 2020 Ahad

Alhamdulillah. Harini kita fly ke Bandara Internasional Silangit iaitu satu kawasan di Sumatera Utara Indonesia. Ia juga lebih dikenali sebagai Danau Toba atau Lake Toba.


credit to : google


Flight kita dari KUL ke DTB adalah jam 11:35am dan kami tiba di sana anggaran jam 11:50am (jam Malaysia 12:50am). Perbezaan jam di sana dan sini adalah 1 jam lewat.







Sebelum fly kita isi perut dulu di Gossip Cafe. Irdina order Roti dan telur hancur, abi order roti sekaya dan telur rebus separuh masak.Umi lak tak lalu nak makan. Hahahaha bukan sebab excited ye (umi dah pernah ke sini 12 tahun yang lalu-berlagak tak 😜) tapi umi tak makan sebab takut perut meragam. Kalau makan pagi ni kadang-kadang memulas nak uhhhh saja.




Pintu gate dibuka. Kita terus masuk lepak kat dalam memandangkan kerusi kat luar tu dah penuh orang duduk. Tunggu masa untuk kita terbang.












Alhamdulillah selamat mendarat ..... 






Seturunnya kita menjejakkan kaki di tanah Danau Toba, masyaAllah.. Betapa sejuknya sekujur badan ini. Anginnya subhanallah.. Sejuk ya amatt.. Tak boleh nak nego dah.. Hahahaa .. baru sejuk angin oii.. Belum lagi sejuk salji.. Errrkkkk....

Sempat kita berselfie di lapangan terbang ini.. Memang betul namanya lapangan sebab lapangggg sangat.. Hahaha .. Airport disini sangat kecil... Kaunter imigresen dan kastam pun cam ala kadar je. Ada la 2 kaunter imigresen. Oleh itu, que lah pepanjang untuk 1 kapal tu. Huhuu 





Umi cover mata ngan spek tu sebab mata umi cemey. Hahaahaa panas matahari tu buat mata umi tak boleh nak buka.

Alhamdulillah la kita turun awal (tu pun terlewat que sebab sibuk berselfie tadi). Alhamdulillah urusan kita dipermudahkanNya. Imigresen selesai cop. Irdina uruskan sendiri, pegawai tu tanya. Seorang saja? Umi pun datang dekat. Dia tanya. Ibu ya? Ya saya. Pandang 2 3 kali agaknya musykil ibunya macam kakak. Hahahaa Ditanya lagi, berdua saja? Tidak. Itu bapaknya (sambil tunjukkan abi) 😂😂

Oh ya. Tadi dalam flight kita kena isi borang putih (declaration form). So borang ni kita serahkan pada kastam disitu. So far takde masalah apa. Dalam flight tadi pun Irdina sempat makan roti umi tapau kat kedai kek dalam tu. Kami teruskan perjalanan keluar. Baru beberapa langkah melepasi kastam, tour guide kami dah menunggu di pintu pagar. Hehehehe Namanya Rahmat. 




So kami pun naik kereta Avanza kepunyaan syarikat yang kami tempah. Perjalanan pertama kami adalah menuju ke Sipoholon. Sipoholon ni actually takde lam list iti tour guide. Tapi kita request sendiri sebab tengok gambar cun-cun jer..





Sesampainya di Sipoholon ni, kami membayar tiket (Rp5000 seorang) . Bayar sendiri sebab kami yang request. So 3 orang Rp15000. Kat sini actually takde apa pun. Cuma kolam air panas (ya air bahagian atas sangat panas - yang dekat kolam tu dah suam-suam) . Kita panjat la keatas. Agak sukar sebab jalan licin cam berlumut dan berair. Sesampai diatas kita pun berselfie bagailah. Air bahagian atas boleh rebus telur kata Rahmat. Dan bau kat atas tu pun memang cam bau telur2. Hahaa






Setel je di Sipoholon ni, kita terus ke kedai makan sebab dah kebuluran. Hahahaha
Dalam 30 minit juga lah baru sampai dikedai makan Resto Pak Yus. Dalam jam 13:30 juga la sampai. Kat sini kita order sendiri tapi Pakcik Rahmat yang bayar sebab dah masuk dalam pakej. So kat sini, Irdina order Bakso Bihun + Air Carrot Susu (sana panggil Wortel), abi order Nasi Bakso + Air Avocado dan umi order Nasi Ayam Penyet + Air Teh Manis (Teh O).







Alhamdulillah. Kenyang dan lega perut. Hahaha lapaQ sesangat uii.. Alhamdulillah la makanan tu semua boleh masuk tekak . Sedappp..!! Memang recommended la.. 

Selesai je makan kita bergambar kat Siborong-borong tu. Sebelah kedai makan je pun. Masa lalu nak ke Sipoholon tu ada la nampak orang bergambar, dalam hati umi ni. Kalau dapat bergambar situ pun best. Alhamdulillah rezeki kita dapat juga bergambar walaupun sekejap.




Selesai je bergambar kita ke Tele Tower View.














.

.