MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Sunday 21 May 2023

Tawaran ke Sekolah Khusus SMKA Jerlun, Kedah

11:20 0 Comments


21 Mei 2023 | SMKA Jerlun, Kedah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama sangat rasanya tak update blog ni... Dah bersawang teruks... Macam ni lah selalunya..

Bila semangat datang, semangatlah nak update.. Bila kemalasan dan kebusyan, tak daya nak buka blog pun..

Hehehee

Kali ni bonda gagahkan juga mengarang supaya ada kenangan ditinggalkan disini. What happen coming kita tak tahu lagi kan.

16 Mei 2023 bonda dapat panggilan phone dari stranger number (011). Kali ni bonda angkat call sebab memang tengah menanti panggilan dari KPM.

Bonda : Hello..

SMKAJ : Assalamualaikum, ini ibu Nurul Irdina Syazwina ya?

Bonda : Waalaikumsalam. Ya, saya. (dalam hati dah nebes)

SMKAJ : Saya dari SMKA Jerlun. Tahniah anak puan dapat tawaran belajar di sini. Pendaftaran pada 17 Mei 2023 (mak aihh esok nak kena daftar)

Bonda : Owhh esok tak sempat sebab kami di Putrajaya. Boleh saya minta tangguh ke?

SMKAJ : Kena tanya PK HEM Puan. Tapi dalam surat ni bagi tempoh sampai 19 Mei ni (Jumaat). Tapi sini Jumaat cuti, jadi Ahad last pendaftaran.

Bonda : Ok Puan, maklum. Terima kasih.


Menggigil tangan masa ni dapat tahu berjaya. Actually, ni intake ketiga. Masa 1st n 2nd intake memang kami tak mohon SMKA sebab Irdina focus SBP [SMSains]. SBPI pun dia tak mau cuba sebab pemilihan Sekolah Khusus 2023 ni kena buat pilihan sama ada nak SBP atau SBPI .. Jika pilih SBP/SBPI pun dah tak boleh nak pilih SMKA. So either 3 choice tu pilihan Irdina adalah SBP (SMS). 

Berbalik  kepada how Irdina dapat tawaran SMKA ni, bila rayuan ketiga dibuka, bonda mencuba nasib untuk hantar surat/emel kepada BPI untuk SMKA dan BPSBP untuk SMS. Sebab rayuan ketiga ni kita dah boleh submit serentak permohonan disebabkan pemilihan dibuat secara manual dan bahagian yang berlainan memproses permohonan. Pengisian kekosongan ini juga adalah disebabkan pelajar yang keluar setelah mendapat tawaran.

Alhamdulillah rezeki Irdina dapat SMKA kerana SMKA menawarkan lebih awal manakala SBP belum keluar tawaran. Balik sekolah, bonda bagitahu Irdina. Irdina agak "awkward" sebab dah selesa di SEKHAR. Tapi dia nak cuba ke sana. Kalau tak mampu teruskan, Irdina akan balik semula ke sini. Bonda ikutkan sahaja kerana bagi peluang, mana tahu boleh adapt dengan persekitaran disana. Kalau tak mampu pun, bonda tak paksa. Sekurangnya Irdina dah cuba dan dapat pengalaman.

Oleh itu, 21 Mei 2023 inilah tarikh keramat Irdina berpisah dengan bonda dan abi. Pendaftaran Irdina adalah secara solo sebab kawan 3rd intake yang lain banyak dah daftar minggu lepas. Irdina lah orang terakhir daftar bagi 3rd intake tempoh hari. Kita cuba dulu ya. Insya-Allah semoga dipermudahkan semua urusanmu sayang. Tidak pernah kita berpisah dalam keadaan begini. Allah sebaik-baik perancang. Kita simpan kenangan di sini.

Oh ya, kelengkapan memang tak sempat nak uruskan sebab minggu tu abi takde (outstation). Khamis malam baru balik. So hari Jumaat tu jugalah kita sempat beli kasut dan beberapa keperluan lain. Cuma tudung je tak sempat beli sebab tudung labuh ni susah nak dapat.







Selesai daftar kita snap dulu gambar sebab hujan dah reda. Awal pagi tu hujan je sepanjang jalan sampai lah kita sampai ke SMKAJ. Alhamdulillah hujan berhenti selepas kita selesai mendaftar. Jom kita ke bahagian asrama pula. Lepas selesai daftar asrama, kita ke bilik untuk kemas barang. Ada empat katil kosong dan Irdina pilih katil dihujung nun sana. Tapi disebabkan locker Irdina mereka tumpang barang, tak boleh la bonda nak tolong kemaskan barang. Terpaksa la letak kat tepi-tepi tu dulu, then nanti pepandai la Irdina kemas sendiri bila dah balik dorm. Sebab waktu ni mereka tengah ada kelas. Selesai daftar bonda hantar Irdina ke kelas dan bermulalah rutin kehidupan baru kita. Bye-bye sayang, jaga diri baik-baik. Bonda dan abi sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.

Owh ya... Irdina sempat tukar baju tu, sebab kebanyakannya pakai t-shirt je. KPM dah benarkan disebabkan keadaan cuaca yang agak panas.






.

.