Menu Ringkas Sahur
Menu daripada ikan bilis
sememangnya enak meskipun ringkas. Ianya dapat membuka selera. Berikut adalah
beberapa menu pilihan yang sesuai untuk berbuka mahupun sahur.
1. Sambal Ikan Bilis Kentang (versi kering ranggup)
Bahan-Bahan:
3 biji kentang
1 mangkuk ikan bilis
3 ulas bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu kecil sos tiram
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
gula secukup rasa
sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)

Cara Penyediaan:
Kupas kulit kentang dan hiris
nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam
dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya
tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.

2. Ikan Bilis Goreng Asam (Dengan Asam Jawa)
Pic from cookingwithmarinamustafa.blogspot.com |
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 1 biji
Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
1 sudu besar gula
Garam (secukup rasa)
Ikan bilis
Kentang 1 biji (dipotong nipis)
Minyak
Bawang merah 1 biji
Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
1 sudu besar gula
Garam (secukup rasa)
Ikan bilis
Kentang 1 biji (dipotong nipis)
Minyak
Cara-caranya:
Goreng dulu kentang dan ikan
bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam.
Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul
rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!
Masa tumis bawang tu, minyak
3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak
garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu.
3.Sambal Ikan Bilis Dan Kacang
Bahan-bahan
100 g ikan bilis goreng dan
sejukkan
200 g kacang tanah goreng dan sejukkan
sedikit air asam jawa
3 sdb gula garam secukup rasa
Minyak menumis 1/2 cawan
Bahan Giling 30 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah- Blend semua bahan sehingga halus

Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis
bahan blend Masukkan gula,garam dan air asam biar sehingga agak gareng dan
kering bersakar sedikit. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika Masukkan
kacang goreng dan bilis goreng..gaul rata dan pastikan sambal menyaluti kacang
dan bilis sepenuhnya
4.Sambal Ikan Bilis Hijau ( Campur petai / Terung Pipit)
Pic from mamatia.blogspot.com |
Bagi peminat sambal belacan, apa kata cuba resipi sambal hijau ala padang untuk menu berbuka puasa bersama keluarga.
Ia pasti enak dimakan bersama
nasi yang masih panas dan ikan masin untuk menambah selera anda.
Bahan-bahan:
100 gram cili hijau
Sedikit cili padi
1 ulas bawang besar
100 gram terung pipit/petai
Sedikit belacan
1 biji tomato – dipotong dadu ( optional)
Ikan bilis
Sedikit cili padi
1 ulas bawang besar
100 gram terung pipit/petai
Sedikit belacan
1 biji tomato – dipotong dadu ( optional)
Ikan bilis
Cara-cara:
Goreng ikan bilis sehingga
garing dan asingkan.
Cili hijau, cili padi dan belacan dikisar. Kemudian tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
Masukkan terung pipit atau petai, bawang besar, potongan tomato dan ikan bilis. Tumis semua bahan tadi dan taburkan sedikit garam.
Angkat dan hidang.

5. Kerabu Ikan Bilis
Pic from Karangkraf |
Bawang besar/merah
Cili api/padi
Daun limau purut
Serai
Semua diatas dihiris halus2
Ikan bilis goreng
Sedikit gula
Air limau kasturi
Gaul semua bahan dan sedia untuk dimkn
Air limau kasturi perah ketika mahu dihidang, jika terlalu awal ianya akan lembik.

6.
Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai
Pic from 1001 resepi |
Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering – dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia – opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering – dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia – opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam
Cara cara:
Kisar semua bawang dan halia
berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan
sehingga cili benar benar masak.
Kemudian masukkan gula
terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan
air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak
dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh
tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.
Nota:
Sambal mesti ada rasa manis
manis sedikit, barulah sedap.
7.
Ikan Bilis Goreng Masak Kicap
Bahan-bahannya:
1 cawan ikan bilis – di
goreng garing
1 labu bawang besar di hiris
1 tangkai cili merah – di hiris
1 tangkai cili hijau – di hiris
10 batang cili api di hiris atau di ketuk
2 sudu besar kicap manis
Secubit garam untuk perasa (jika perlu)

1. Ikan bilis yang di goreng
garing di ketepikan.
2. Gunakan sedikit minyak sahaja dan tumiskan
bawang hiris sehingga naik bau wangi.
3. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili api tadi.
4. Masukkan kicap manis dan gaul rata.
5. Tutupkan api.
6. Masukkan pula ikan bilis goreng tadi di gaul rata.
Sedia untuk di hidang.

Makan dengan nasi
panas-panas ye? Selamat Mencuba!!
CopyPaste from buzzcapt
No comments:
Post a Comment