MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Monday, 20 June 2016

# Drinks # Jus

Jus Soda Herbs

Jus Soda Herbs

Air ni memang super power rasanya soda masam-masam asam lemon segar pudina dan serai manis-manis laici. Minum sejuk-sejuk. 


Pakai nset cap ayam jer

Bahan-Bahan:
1 botol besar air aiskrim soda.
1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
2 batang serai ~ dititik.
daun pudina ~ terpulang berapa helai.
1 biji lemon ~ dihiris nipis.
5 biji asam boi putih.
ketulan ais secukupnya.

Cara-Cara:
-Cuci semua bahan hingga bersih.
-Letakkan daun pudina secukupnya.
-Hiriskan lemon nipis-nipis. Masukkan lemon yang telah dihiris.
-Diikuti asam boi putih.
-Masukkan buah laici / longan.
-Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
-Letakkan ketulan ais jika suka.
-Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.


Ok. jom minum.!

Imej dari azlitamasammanis





No comments:

Post a Comment

.

.