Sabtu ~ 03112018
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ihsan Google
Alhamdulillah harini kami akan fly ke Ho Chi Minh City, Vietnam by Malaysia Airlines Flight KUL - SGN berlepas lebih kurang jam 14:40 dan jangkaan sampai pada jam 15:40 (masa di Vietnam). Actually perjalanan sebenar selama lebih kurang 2 jam. Tapi disebabkan masa di Vietnam lebih lewat 1 jam so nampak cam 1 jam perjalanan jela.
Ticket flight untuk 3 orang nak kata murah tu tak tau la. Huhu yang pasti total 3 orang RM1,114.00 (dewasa RM400.00x2 dan kanak-kanak RM314.00) untuk return flight MalaysiaAirlines. Tapi kami puas hati sebab tiket ni include makan dan 30KG baggage allowance seorang.. So 3 orang 90KG yeahhh (macam lah nak beli macam-macam kannnn).............
Sementara menunggu kehadiran ✈tu.. Kita lepak-lepak lah dulu ye. Makan-makan kat situ apa ada. Makan ringan je, nanti dalam flight ada makan lagi. So kita lepak kat KFC jela.
gambar masa ontheway ke airport
Timbang berat beg.. Sorang punya allowance baggage pun tak lepas..
Hahahaaa
Lepak KFC ni dulu sementara tunggu ✈
Suka sangat la dia main tu.. Malas jalan katanya...
Buku merah jangan lupa ❤👌
Ok jom.. masa untuk kita terbang ....... Pilihan kali ni MalaysiaAirlines...
Ni makanan yang kami request khas daripada MAS masa booking ticket.. So far ok. Cuma tersilap langkah order beberapa menu seperti vegetarian. Hahaha so makanan yang dapat pun vege je lah. Nasib la ada sekelumit nasi. Yang satu lagi order Seafood apa ntah. Ingatkan ada nasi ke. Ala-ala beli kat kedai Siam tu kan.... Ohh Tidakkkkkkk. Jangkaan ku meleset. Hahaha bertabahlah ye husbandku jadi mangsa kena makan. Irdina punya best. Set dia lengkap siap dapat pen lagi. Memang tak rugi order kids.
Menu Irdina. Macam-macam ada.
Ini namanya Child Meal (CHML). Ada Lasagna, Air Kotak, Roti n Krim, Crunchy, Coklat siap ngan buku n pen. Wowww Awesome.!!
Suka sangat-sangat la dia dapat macam-macam.
Ni la menu utama Irdina punya. Lasagna nyummy!
Ini pula namanya Vegetarian Oriental Meal (VOML). Sayur uiiii sayurrrrr... Ada brokoli, carrot, terung.
Ni pula namanya Seafood Meals (SFML). Seketul tu adalah isi ikan ngan sayuran (terung, kentang n ntah apa tak ingat). sayurrr uiii sayurrrr .. Isi ikan tu so far ok.. Kuah dia tu macam masam-masam tomato.
Ok jom kita merenung ke luar jendela.
Bila check lokasi, di tengah laut. Lagi bertambah risau. Actually masa kami terbang ni beberapa hari sebelum ada berita pasal Airplane terjunam kat Indonesia tak silap. Perjalanan domestik. Allahu. Dalam hati hanya berdoa agar selamat sampai dan selamat pulang je. Alhamdulillah semua dimudahkan urusan.
Oo yeah.. Ni pula antara dua versi air yang kita dapat dalam flight. Air orange and Apple. Ada juga air panas cam coffee. Setakat ni memang selalu minta air ni je la.
Alhamdulillah dah nampak perkampungan di Vietnam.
Alhamdulillah. Syukur kami telah selamat sampai ke Tan Son Nhat International Airport. Sesampai je kami terus ke Imigresen untuk cop sah buku merah tu. Selesai je cop Passport kami terus ke Stesen Bagasi untuk amik luggage.. Opsss.. Imigresen dia semua jenis serius-serius. Hahahaa susah nak berbicara.... tanya satu dia jawab separuh 😆
Untuk ke destinasi kami iaitu Hotel Thanh Thu, kami memilih bus sebab saja nak try naik bus.. Nak try suasana di tempat orang.. Then naik lah bus.. Bus tu nombor 152 Charge yang dikenakan VND 15,000 untuk 2 orang dan 1 beg (Irdina dia tak charge sebab duduk atas beg, tapi beg dia charge sebab dia kata besar n makan space) 😐 ... So seorang sebenarnya dia charge VND 5,000.
Bila suruh anak amik gambar... Bergegaran tangan.
Ni la atok yang tinggalkan kami tu 💢 😠
Hari pertama sampai, perut kami telah menerima makanan daripada Kedai Basiroh iaitu Nasi Putih Telur + Tomyam Soup untuk umi dan Irdina (Irdina n tomyam berpisah tiada). Abi lak order Pho Daging (makanan wajib dimakan bila berada disana). Nyummy.
Nasi Putih Telur ni berharga 50.000VND (RM8.50) dan Tomyam Soup berharga 90.000VND (RM16.00)
Ini lah Pho Daging .. Boleh tahan kesedapannya. Ia disajikan bersama sayur-sayuran itu. Hahaa tak tau lah apa jenis sayuran itu. Harga dia lupa snap. Hahaa
Inilah sayuran yang disajikan bersama pho daging.
Anda kenal ke sejenis sayuran ini.?
Ni kes nya.. Abi tertumpahkan air. Paling best sebenarnya sebelum kejadian ni beberapa second lalu, Irdina tertumpahkan air. Then abi membebel la sikit. Sekali tupp abi pula tertumpahkan air. Hahahaa kan dah kena bebel ngan Irdina pula. Hihi
Dah setel makan kami mencari pakej untuk esok dan lusa. Pakej ke Mekong dan Chu Chi Tunnel tu. Kami terus ke Aamiin Tour & Travel ni kat dalam Hotel sebelah Hotel kami. So far rata-rata rate dia semua sama ja kot. Cuma tour guide je la nasib kalau dapat ok. ok la. So far sini kami dapat RM150 ke ChuChi Tunnel dan RM165 ke Mekong Delta. Harga kedua-dua pakej untuk 3 orang ye.
Setel ja urusan ni. Kami terus jalan di lorong-lorong sepi yang dinamakan Malaysian Street. Sempat la rembat beberapa barang.
Wowww teruja kan tengok........
Ok setel untuk malam ni. Esok misi ke Chu Chi Tunnel pula.
Good night...
Selesai je dapatkan bagasi, kami terus keluar untuk mencari simkad... Hehee
Tu antara penting kami lakukan di airport.. sebab bila dah beli sim. dah ada internet.. Mudah perjalanan kami... So ada beberapa kedai a.k.a kiosk yang jual sim.. Kami pilih " Vinaphone " sebab rata-rata blog bagitahu sim ni ok dan agak murah...
Selesai je beli sim.. Kami singgah toilet yang ada di area situ sebelum bertolak ke hotel.. Takut jalan jem .. Gpon Irdina dah tak menahan nak membuang.. Hehee
Opss toilet dia takde air yer dalam tu.. So standby jela botol n wet tissue...
Untuk ke destinasi kami iaitu Hotel Thanh Thu, kami memilih bus sebab saja nak try naik bus.. Nak try suasana di tempat orang.. Then naik lah bus.. Bus tu nombor 152 Charge yang dikenakan VND 15,000 untuk 2 orang dan 1 beg (Irdina dia tak charge sebab duduk atas beg, tapi beg dia charge sebab dia kata besar n makan space) 😐 ... So seorang sebenarnya dia charge VND 5,000.
Bila suruh anak amik gambar... Bergegaran tangan.
Ni la atok yang tinggalkan kami tu 💢 😠
Bila naik bus ni pepaham lah ye.. Kita 1st time kat tempat orang.. Ntah mana-mana dia tinggalkan kami 😒 Baca blog lain.. Bus stop dekat area Ben Thanh tu.. tapi kami tengok jauh jee... Opss maybe dia marah sebab masa mula-mula naik bus tu kami ada melawak kata beg tu takyah charge la cos tak amik seat.. pastu dia buat muka.. hahah tapi kami still bayar gak untuk beg tu.. (moral of the story.. mereka ni semua jenis takley nak bergurau melawak yerrrr)...
Maybe sebab tu dia tinggalkan kami ntah kat mana.. Sebab masa dia paksa kami turun tu (kami argue dimana Ben Thanh) dia main tunjuk jer.. Yang driver pulak macam cakap sesuatu ngan collect duit tu.. Tapi collect tu cam marah-marah kat driver tu (seolah-olah Driver tu cakap.. kesian kat mereka dan collect tu cakap biarlah kat mereka..) hahahaa.. Opss satu lagi.. Mereka ni tak faham English yer.. Tak tau la tak faham or buat-buat tak faham.. Majoritinya bila ditanya semua tak tauuu.... Walhal tu tempat dorang kot.. Takkan la Museum pun tak tau kat mana kannn.. Hahaha
Ok berbalik pada situasi tadi... Dah turun dari bas.. Kami cuba tanya kedai makan berhampiran.. Mereka pun tak tahu dimana hotel (kami siap tunjuk gambar lagi).. Pelik dan musykil... Hurmmm.. Then kami amik keputusan untuk naik grab je laa... So sampai lah kami kat hotel tu dengan selamatnya...
Tapi tak habis disini yer...Disebabkan ni 1st time kami naik grab... Sampai je kat hotel tu... Driver grab tu minta duit.. Kami pun ok... kejap..... wat kuar duit... terus dia tarik duit tu ... Hahaha terkejut kot.. Dia tarik duit n amik ... Kami marah laa... minta balik dan kami kira semula n bagi dia.. So baki tu dia pulang la balik... So korang hati-hati la yer.... Bab duit ni dorang memang main caras jaa.... Pastu nak cepat-cepat halau kita turun... Apa ingat kami ni apa.. Nak ikut jaa.. Selagi tak dapat baki.. Kami tak turun kereta tu.. Haha mula-mula dia bagi kurang.. kami kira n minta lagi... Sampai lah dapat baki bebetul baru la kami turun dengan tenangnya.. Hihii
Moral : kena tegas ngan dorang nie...
Ok.. Sampai je hotel... Kami terus cek in.. Alhamdulillah dapat bilik yang agak selesa.. besar.. Yelah.. 1 Queen n 1 Single kan... Room pulak mengadap pasar.. Memang pandang ke bawah jela hari-hari.. Hahaha.. Gayat pun dah tak ingat....
So untuk hari ni kami hanya rest di bilik, turun makan, booking pakej ke Mekong & Chu Chi Tunnel dan jalan-jalan survey barang and harga. Opss tersangkut la 2 3 barang. hehee
Hari pertama sampai, perut kami telah menerima makanan daripada Kedai Basiroh iaitu Nasi Putih Telur + Tomyam Soup untuk umi dan Irdina (Irdina n tomyam berpisah tiada). Abi lak order Pho Daging (makanan wajib dimakan bila berada disana). Nyummy.
Nasi Putih Telur ni berharga 50.000VND (RM8.50) dan Tomyam Soup berharga 90.000VND (RM16.00)
Ini lah Pho Daging .. Boleh tahan kesedapannya. Ia disajikan bersama sayur-sayuran itu. Hahaa tak tau lah apa jenis sayuran itu. Harga dia lupa snap. Hahaa
Inilah sayuran yang disajikan bersama pho daging.
Anda kenal ke sejenis sayuran ini.?
Ni kes nya.. Abi tertumpahkan air. Paling best sebenarnya sebelum kejadian ni beberapa second lalu, Irdina tertumpahkan air. Then abi membebel la sikit. Sekali tupp abi pula tertumpahkan air. Hahahaa kan dah kena bebel ngan Irdina pula. Hihi
Dah setel makan kami mencari pakej untuk esok dan lusa. Pakej ke Mekong dan Chu Chi Tunnel tu. Kami terus ke Aamiin Tour & Travel ni kat dalam Hotel sebelah Hotel kami. So far rata-rata rate dia semua sama ja kot. Cuma tour guide je la nasib kalau dapat ok. ok la. So far sini kami dapat RM150 ke ChuChi Tunnel dan RM165 ke Mekong Delta. Harga kedua-dua pakej untuk 3 orang ye.
Setel ja urusan ni. Kami terus jalan di lorong-lorong sepi yang dinamakan Malaysian Street. Sempat la rembat beberapa barang.
Wowww teruja kan tengok........
Ok setel untuk malam ni. Esok misi ke Chu Chi Tunnel pula.
Good night...
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
No comments:
Post a Comment