MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Sunday, 4 November 2018

# A Family # Ho Chi Minh City

Day 2 HoChiMinhCity~Vietnam

Ahad~ 04112018


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ





Morning semua. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk merasai nikmat kehidupan di tempat orang. Kat sini pukul 6 pagi dah cerah menerang cam kul 7+ 8 pagi...

Oh yeah, harini umi pakai tudung baru (beli semalam kat lorong sepi tu).



Harini kita akan bertolak ke Chu Chi Tunnel. Yeahhh, nak menikmati keindahan alam. Bagi sesetengah orang mungkin bosan ke tempat-tempat begini (boleh baca sesetengah blog). Dan untuk warga tua juga tidak bersesuaian ke sini. Mungkin boleh datang, tapi sekadar melihat keindahan alam (hutan). 


Okey, sebelum ke Chu Chi Tunnel, ofcoz la kita akan breakfast terlebih dulu. Bus akan sampai jangkaan jam 8 pagi. So kul 7 tu dah turun mencari kedai untuk makan pagi.  So pagi ni kita try Kedai Halal Amin.



Umi dan Irdina order Nasi Lemak Telur Mata + Milo Ais dan abi order Roti apa ntah namanya (lupa....) + Hot Coffee.







Harga seperti yang tertera pada resit. Resit hilang mana ntah.sebab update lewat.


Now kami akan bergerak ke Chu Chi Tunnel menaiki mini bus. Untuk trip ni actually join dengan orang luar. So kalau dapat team yang ok... Okey la. Kalau dapat yang tak ok (bising or wat kepala sendiri tu) pepaham je la kan. 

Btw ini lah pemandu pelancong kami. Namanya sudah lupa. Hahaha so far dia ok.


Sebelum sampai ke Chu Chi Tunnel, kami singgah sebentar di suatu tempat menghasilkan barang kraf menggunakan kulit telur. Sangat cantik hasilnya. Perlu teliti dan sabar nak hasilkannya.



Selepas tu kita meneruskan perjalanan ke Tunnel. Alhamdulillah akhirnya sampai juga setelah lebih kurang 2 jam perjalanan. Sesampai disini, pemandu pelancong berikan tiket masuk. 


Chu Chi Tunnel ni merupakan tempat tinggalan zaman dulu semasa penjajahan mereka. Means tempat atau terowong untuk mereka menyelamatkan diri daripada penjajah.

Disini beberapa moment untuk dikenangan semasa kita disini.





Irdina kemalasan berjalan. Buli abi..





Umi keterlupaan nak setting phone tu supaya tidak menjadi mirror.


Inilah tempat menembak. Berada disini memang tersangat bising.



Ni harga untuk peluru dan jenis-jenis gun. Oh ya. harga tu untuk sebutir peluru tak silap. Tapiiiii korang takley nak beli sesuka hati berapa butir sebab ada limit minimum pembelian peluru tersebut. Actually abi ada riak nak mencuba. Tapi disebabkan takde geng. So maybe abi batalkan niat tersebut memandangkan peluru pun banyak nak kena beli (10 butir tak silap).





Ooo yea... Irdina mencuba turun ke dalam tanah. Caiyok-caiyok. Duduk dalam tu memang kegelapan la. Alhamdulillah Irdina.. bravooo 💪😍.!




Turn umi pula ye.




Turn abi masa mula-mula dan kebetulan masa tu ada pakcik tu bawa guest. So abi lah jadi demonya. Then irdina pastu baru umi. Heheheee mereka melihat gelagat kita bertiga. Umi dah turun nak naik tak boleh la. Kaki pendek 😓😪😆 Hahahaha 


Oh lupa. Actually ni kita pusing balik lepas abes round sekitar tu sebab masa mula-mula group kita demo tak sempat nak masuk sebab limited time. So dia  bagi masa sebelum balik untuk kita kemana-mana. 




  



Ok Irdina boleh jadi tour guide.


Ni masa untuk kita bergerak pulang. Muka dah berpeluh-peluh.. Tapi tetap cun kan 😵😝


Maps Chu Chi Tunnel.



Oh lupa.! Selain gambar-gambar ni. Sebenarnya kita ada masuk dalam gua dia tu. Perghh lutut paha umi memang terasa la (terasa agak tua) hahaha. Sebab kita perlu merangkak dalam gua tu. Dah la gelap. Kalau ada video tu (nanti umi cuba cari) umi upload kat youtube ye.


Selesai je misi disini. Kita akan bergerak pulang ke hotel. Oh sebelum tu. Ontheway pulang. Dorang ada stop kat kedai makan. Tapi kedai non-halal. So melahu jela orang-orang kita di restauran tu. Irdina makan roti pagi tadi jela abi punya ada separuh tak habis makan.

Ni la kedai tu. 



Ok jom naik bus balik ke hotel. Masing-masing keletihan dan kelaparan.

Oh ya. Spek yang umi pakai tu telah menghilangkan diri. Huwaaa maybe tertinggal dalam bus tu kot. Hurmm takde rezeki nak bersama lagi. Spek ni umi beli kat Melaka tahun 2015 tak silap. Masa ni dok ulang alik Melaka. 


Alhamdulillah akhirnya kita sampai di hotel lebih kurang jam Moh ler kita mencari kedai makan. Kelaparan tahap dewa dewi dah. Hahahaa

Ok inilah menunya. Kedai umi lupa dah kedai mana satu. Hahaaha nanti ingat umi update eh. Sebab umi update story ni pun bulan 1 2019 😚 hihii mood tetiba rajin sebab banyak story yang pending je (Sarawak, Pangkor, Langkawi).

update * Kita makan di Restaurant Halal Food Haji Osman...

Fresh orange (40.000 VND) and Tembikai (40.000 VND).



Nasi goreng daging Luklak (100.000 VND)


 Nasi daging madu (100.000 VND)





Alhamdulillah selesai dan kenyang sudah. Ok jom kita balik bilik rehat dan tunggu jam (6.30pm) kita ada showtime Puppet.

Ok masanya kita ke Puppet Show pula. Tiket umi minta kedai Amin Tour tu belikan (actually umi tanya je ada jual tak tiket) then dia kata boleh tolong belikan. So umi pun ok je la. Tapi masa turun nak amik tiket (pagi sebelum ke Chu Chi dah tanya, balik dari CuChi pun ada tanya, sebelum naik hotel pun ada tanya tapi tak tau la. Dorang ni cam slow je kerja. Girl yang jaga situ call sana, sana soh p amik kat mana ntah. dia keluar naik motor, tapi  balik tangan kosong ja. katanya tak jumpa tempat tu. uish pelik sungguh.) Last sekali time hampir tiba ni kami turun awal. Katanya show 5.30pm sampai lah jam 5.10 camtu tiket masih pending. Sekali tiket sampai then tengok cop jam 5.00pm sekali tanya g dia kata start 5.30pm. Ok lah tapi kita kena rushing la. Sebab asalnya nak jalan kaki ke sana. Tapi terpaksalah naik grab or vinasun. Tapi girl tu pulak kata grab lambat sebab nak kena tunggu bagai so dia p tanya pakcik VInasun tu, minta tolong hantarkan kami. So terpaksa la terbang 50.000 VND bayar Vinasun tu.


Berbalik kepada Puppet Show, actually show memang start jam 5.00pm. So kita sampai dalam 5.20pm so mungkin 1 cerita dah terlepas sebab masa masuk-masuk pun memang dah tengah ada show, dan kami terpaksa main duduk je seat sebab dah full dah tak boleh nak jalan sebab show tengah on. Huhu so duduk la depan tu dan tepi sekali. Habis merecik air dia. Huwaaa


Ni ada sikit details pasal Puppet Show. 







Selesai je puppet show, kami pun berjalan kaki pulang ke hotel. Sengaja Irdina malas berjalan. 


Sesampai hotel kita berehat seketika sambil melihat mereka-mereka bershopping.




Ehh ehh macam kenal je makcik baju biru tu.
Ehh ehh maklong la. Hehehe

Actually maklong pun ke sini gak. Tapi maklong join ngan kawan-kawan sekolahnya.





Ini la yang dirembat malam ni. Sebabnya abi hanya bawa sehelai je baju. Memang misi umi nak beli baju abi disini. Hehehee




Selesai untuk harini. 

ٱلْـحَـمْـدُ للهِ 




No comments:

Post a Comment

.

.