MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Wednesday, 28 August 2019

Pertandingan Busana Tradisional Sempena Merdeka 2o19 di Sekolah

12:41 0 Comments


28 Ogos 2o19 Rabu

Alhamdulillah harini sekolah Irdina ada anjurkan Pertandingan Busana Tradisional sempena Merdeka tahun ni.

Kali ni cikgu tak benarkan pakai pakaian berunsurkan bendera Malaysia.

So untuk tahun ni, Irdina bagitau nak join (macam tiap-tiap tahun).

Kali ni umi suggest Irdina pakai baju tradisional Cina. 
Irdina ok je. Anak yang baik mendengar kata 💗💋
So mission kita cari baju n apa-apa yang patut.....

Alhamdulillah umi sempat order baju n aksesori semua. 
Sampai tepat pada masanya.
Kipas tu kita beli kat Padang Besar (balik raya haji ritu)...

Harini Irdina memperagakan pakaian Irdina.

Seperti biasa.... Irdina akan malu-malu atas pentas tu 😓😚
Takpe sayang.. Yang penting mahu mencuba dan berani..
Malu tu nanti pelan-pelan kita buang ya.. Malu ditempat yang sepatutnya malu...

Sedikit gambar kenangan.. Umi sempat ke sekolah sebab nak tunggu ambil balik baju tu. Kebetulan kat opis kerja dah selesai. Umi mohon kebenaran keluar sekejap.
Nak kena amik sesiap baju tu takut kekotoran nanti.. Tak pun kehilangan barang...

Masa ni gambar mula-mula umi sampai. Hahahaa punya lah malu.
Nak senyum pun susah oooooo.. Sabar je lah anak uiii... Ni pun auntie Wan (mak damia) suruh senyum n pakai payung tu (kalau tak Irdina tak nak pakai sebab malu) semalam beria je nak pakai.. Hihii

Vector Designed By 588ku from Pngtree.com
creativeempires.blogspot.com



 Irdina dan busana HanFu



Dengan kawan-kawan agak rapat. Tapi kawan-kawan ni sejenis. Pemalu. Hahaha



 Antara top 15


 Semua peserta

 Umi zooommm sikit

 Umi pun nak gak selfie



Ok. Selesai untuk hari ni.

Video akan umi upload nanti ye. 













Thursday, 8 August 2019

Ujian Permata Pintar 2 UKM 2019

15:00 0 Comments

08082019 Khamis


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Salam penuh barakah...

Alhamdulillah 02082019 Jumaat, umi dapat news pasal Ujian Permata Pintar 1 UKM yang Irdina dah buat beberapa bulan lepas.

Actually Umi pun dah lupa pasal ni.. Tup tup maklong wasap surat panggilan UKM2 Irdina punya..

Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat... Irdina berjaya ke peringkat kedua.



Untuk sesi kedua ni Irdina kata soalan agak mencabar juga.
dan soalan tu memang diluar aras peringkat Irdina.
Maybe sebab tu la dorang nak cari pelapis yang betul-betul pintar. Contoh soalan : apa itu Mitos.

So kita tunggu je la result UKM2 ni pada Oktober nanti. Joint ni saja suka-suka umi nak test IQ Irdina.

Antara gambar yang sempat umi amik sebagai kenangan. Lepas Irdina habis test tu. Umi upah air Mangga. Nyummmyy



Malu-malu sebab kat situ ada budak-budak laki Sekolah P16 tu


Sijil UKM2.


Semoga terus berjaya sayang.

Sunday, 28 July 2019

Makan Tengahari di Restoran Bawal Power Sempoi

12:00 0 Comments
28072019 - Ahad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Okey hari ni kita try makan di Restoran Bawal Power Sempoi Cyberjaya.
Jalan nak ke sini kalau dilihat agak sunyi.. Luarnya macam takde pape..
Macam tiada orang masuk ke sini.. tapi bila dah masuk ke area restaurant.. 
Kereta penuhhhh.. 
Alhamdulillah rezeki kami masih ada parking  dan meja kosong...





Untuk menu tengahari ni kami try :
Sotong
Ikan Bawal 
Ayam Percik 

Kita just pilih je lauk apa nak..
Nasi dah bersekali set dengan kuah gulai (ada bendi)..

Sambal-sambal belacan or kicap boleh amik sendiri..
Sayur-sayuran juga PERCUMA ..







Ni ada sedikit gambar daripada facebook Restoran sebab umi tak sempat nak bergambar sangat... Kelaparan akibat semalam menjerit "bola"...


"Set Bawal, Udang, Sotong, Cencaru, Kembung, Udang, Talapia di bakar & goreng panas-panas. Juga terdapat siput, pucuk ubi, perut dan sbgnya."








Alamat :
Futurise Centre,
Block 3710, Persiaran Apec, 
63000 Cyberjaya.
Contact No : 011-3533 1741
Mon-Sun :11:00 am – 5:00 pm


Tuesday, 23 July 2019

Sunday, 7 July 2019

Dinner Me'nate Steak Hub Bandar Baru Bangi

21:00 0 Comments


7 Julai 2019, Ahad



Alhamdulillah, Dah lama plan nak ke Me'nate nie...
Haritu pergi orang ramai...

Harini tak tau nak kemana.. Sesaja la Irdina request jom ke Me'nate tu...
Abi pun secara tak langsung terus try je ke sana..
Walk in je kalau ada rezeki..

Alhamdulillah akhirnya hari ni request Irdina berjaya .!






Jom kita review sikit apa ada disini...

Alhamdulillah.. Harini kami try 
Grain Fed Beef Ribs
Lamb Rack
Beef Carbonara
Air Grape dan Ice Lemon Tea - Refill...


Air dan side dish tu memang dah termasuk dalam harga..
Kita just pilih daging je yang mana nak.. 
Dan nak masak camna...
Kami memilih untuk masak  Medium Well...


Lamb Rack

Grain Fed Beef Ribs


Beef Carbonara


Total Bill

Alhamdulillah... 😍😘




Nyummyy..!!

Antara jenis-jenis yang ada..






Abi teringin nak makan Wagyu tu.. Nampak gaya next time akan sampai lagi..
InshaAllah jika diizinkanNya...

Anakku, rezeki untukmu sentiasa ada sayang...

Aamiin...

~ Sekadar kenangan kita bersama ~

umi lambat update : 31072019



Me'nate Steak Hub Bangi
No.25, Jalan Medan Pusat 2D,
3B Curve Business Park, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 03-8922 0254
RSVP Hotline : 019-391 1047
Operations Hour : Mon-Sun : 11.00am-11.00pm

Monday, 15 April 2019

Saturday, 9 March 2019

Hari Sukan Sekolah Irdina

16:04 0 Comments
Sabtu~ 09032019


Harini Irdina ada sukan sekolah di MMU Cyberjaya. Namun umi dan abi tak dapat hadir teman Irdina. Umi ada class yang memang tak dapat dielakkan. Abi pula kerja malam. Sampai rumah jam 8.00 pagi.

Tahun ni sukan tak semua terlibat. Ada terlibat di sekolah je dan ada terlibat di MMU. Padang sekolah pun dah mengecil gara-gara kelas tambahan dibuat disitu. Agaknya tu cikgu memilih padang MMU untuk bertanding.


So Irdina terpaksa tumpang ayah Azhar. Nasib la kakak dan Amzar terlibat juga acara di MMU tu. Actually Irdina dah masuk acara kepik bola di sekolah. Alhamdulillah dapat emas. Tahniah sayang dan kawan-kawan yang usaha.

medal acara Kepit Bola (di sekolah)

Di MMU ni pula acara terhad. Untuk tahun 3 hanya acara lari dalam guni. Haaaaaa... Lari dalam guni ni Irdina dah masuk tahun lepas (darjah dua) tapi tak menang sebab ada sorang budak agak spoil. Dia jatuh dan taknak main. So orang lain dah maju ke depan. Takde rezeki rumah hijau tahun lepas. Dah la jarak tu agak jauh nak melompat dalam guni tu.. Hahahaa memang semput laa..

Dan dengan bersungguh-sungguh tahun ni Irdina bercerita pada umi kalau ada acara lari dalam guni Irdina taknak masuk. Dipendekkan cerita akhirnya Irdina masuk juga acara tu sebab dah tiada acara lain di MMU tu.. Hihiii (tula.. lain kali jangan tak suka sangat-sangat... Kelak sayang dan suka tanpa sengaja)

Di MMU ni umi tak tahu la apa terjadi. Umi cuma dapat khabar daripada ibu Ahmad (kebetulan Ahmad satu rumah sukan Irdina- Ahmad ni satu kelas Irdina dulu dan duduk rumah satu aras dengan Cik Eina. Umi note sini takut kita terlupa kenangan lalu.. Hihii) Ibu Ahmad send video Irdina melompat-lompat.. Hahahaa

Ok. Umi dah habis class dan balik jumpa Irdina. Semangatnya anak umi bercerita rumah hijau dapat tempat kedua.. Tapiiiiiii... Haaa ada tapi... Tapi tak aci la kumpulan Kuning dan Biru main tipu... Hurmmm apa yang tipunya.? Guni dorang koyak.............. Ohh patut la umi tengok rakaman ibu Ahmad tu kan main laju berlari. Rupanya guni koyak.

Umi nasihatkan Irdina. Takpe la sayang.. Yang penting rumah hijau dah berusaha dengan cara yang betul. Mereka menang.. Tapi kemenangan mereka tu sebenarnya kalah sebab ada penipuan. Akhirnya Irdina akur dengan ceramah umi. 

Ni ada sedikit gambar yang cikgu kelas Irdina send kat umi untuk dijadikan kenangan Irdina bila dah besar nanti.

sementara tunggu ayah sampai. kita amik gambar dulu.



 Irdina dan green team acara Lari Dalam Guni di MMU



















.

.