JALAN-JALAN DI PADANG BESAR
MAKLUMAN
Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".
Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.
Mohon diabaikan kecacatan itu.
Sekian, harap maklum :)
Sunday, 19 October 2025
Friday, 22 December 2023
TRIP TO HATYAI SONGKHLA, THAILAND : DAY 1 - SAMILA BEACH
Destinasi selepas Chang Puak Camp adalah Samila Beach.
Kat Samila ni takde apa. Cuma pantai-pantai biasa. Ada orang jual makanan minuman. Kedai-kedai kecil jual baju-baju. Alaaa macam kat Langkawi, Pangkor tu. Hahahaa
So kat sini kita just amik gambar as kenangan. Cuaca pun panas gak la. Tapi still ok la.
So hanya gambar je la kat sini boleh kita tinggalkan.
Selesai disini kita pusing je kat Chalatat Beach. Malas nak turun amik gambar kat kepala naga tu, sebab panas hahaha. Dari ekor naga tu nak ke kepala jauh bangat. Hiihii. Tengah-tengah timbul badan naga.
TRIP TO HATYAI SONGKHLA, THAILAND : DAY 1 - CHANG PUAK CAMP
Lokasi pertama kita selepas melepasi border adalah makan tengahari..
Kita makan di kedai XX . So far makan kat sini biasa-biasa ja.
Total makan-makan : 1050 baht.
Kat sini kita takde ambil gambar sebab dalam keadaan kekalutan. Hahahaaa
Seterusnya kita meneruskan perjalanan ke Chang Puak Camp untuk bertemu gajah-gajah Thailand.
Entry fee ke sini adalah PERCUMA. Korang masuk je dalam tu takyah bayar. So boleh la nak bergambar dalam tu ke nak selfie dengan gajah ke.
Nak naik gajah ke or nak main game dalam tu je baru kena BAYAR.
So buat masa ni kita amik keputusan tak nak naik gajah lagi. Sebab kekangan masa dan bawa orang tua (nenek dan maktok).
Untuk beri gajah makan tak silap THB100 untuk sebakul pisang. Terlupa nak snap gambar.
Owh ya, satu lagi. Nanti sebelum keluar akan ada orang jual gambar-gambar kita dalam frame. THB200, so far kami tak beli sebab bukan gambar family. Gambar sorang-sorang dorang snap masa kita nak masuk ke kawasan tu.
Harga untuk aktiviti lain yang kena bayar seperti dibawah:
Gambar kenangan :
Haiiii semua......
Dah lama tak update p jalan-jalan sana sinun kan... Lepas covid haritu PKP mengurung diri sampai la sekarang belum melangkah keluar dari Malaysia.
Tapi alhamdulillah masih mencapai KPI setiap tahun akan ada trip family vacation holidays sama ada dalam Malaysia atau luar negara.
Alhamdulillah penghujung tahun 2o23 ni kita menutup tirai melangkah keluar ke negara jiran aka Thailand. Sesuatu yang dirancang tanpa perancangan (dok bernyanyi lama dah nak p tapi tak sampai-sampai n takdak perancangan dan akhirnya terpergi juga setelah discussion ringkas dibuat antara family). Orang kata yang tak planning tu lah jadi kan..
Kita share sikit itinerary kat sini yeah mana tahu ada yang menjengah kesini, boleh follow the trips.
Trip kali ni hanya 2 hari 1 malam je disebabkan ada yang esoknya nak kena balik n kerja. Jadi kekangan masa, kita decide untuk 2D1N sahaja. Destinasi ni pun kita ejas sendiri.. Banyakkan 'mengkaji'.. Tu yang boleh ke Shooting Gun - driver cakap, dia pun 1st time ke situ.. Tak pernah dia tahu kewujudan tempat tu, HahA..
DAY 1
- Border Bukit Kayu Hitam
- Sarapan Pagi
- Chang Puak Camp Hatyai
- Samila Beach
- Tang Kuan Hill
- Cafe Amazon
- Masjid Central Songkhla
- Hat-Yai Bikers Route 414 and Shooting Tai Gun Sport Association
- Floating Market
- Asean Night Bazaar - Dinner
- Hotel
- Chabura Dim Sum
- Kaysorn Souvenir
- Big Bee Farm
- Ranu Kohyo
- Lunch at D'Hatyai Cafe & Restaurant
- Kim Yong Market
- 7E
- Dannok
- Border
Sunday, 21 May 2023
21 Mei 2023 | SMKA Jerlun, Kedah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Lama sangat rasanya tak update blog ni... Dah bersawang teruks... Macam ni lah selalunya..
Bila semangat datang, semangatlah nak update.. Bila kemalasan dan kebusyan, tak daya nak buka blog pun..
Hehehee
Kali ni bonda gagahkan juga mengarang supaya ada kenangan ditinggalkan disini. What happen coming kita tak tahu lagi kan.
16 Mei 2023 bonda dapat panggilan phone dari stranger number (011). Kali ni bonda angkat call sebab memang tengah menanti panggilan dari KPM.
Bonda : Hello..
SMKAJ : Assalamualaikum, ini ibu Nurul Irdina Syazwina ya?
Bonda : Waalaikumsalam. Ya, saya. (dalam hati dah nebes)
SMKAJ : Saya dari SMKA Jerlun. Tahniah anak puan dapat tawaran belajar di sini. Pendaftaran pada 17 Mei 2023 (mak aihh esok nak kena daftar)
Bonda : Owhh esok tak sempat sebab kami di Putrajaya. Boleh saya minta tangguh ke?
SMKAJ : Kena tanya PK HEM Puan. Tapi dalam surat ni bagi tempoh sampai 19 Mei ni (Jumaat). Tapi sini Jumaat cuti, jadi Ahad last pendaftaran.
Bonda : Ok Puan, maklum. Terima kasih.
Menggigil tangan masa ni dapat tahu berjaya. Actually, ni intake ketiga. Masa 1st n 2nd intake memang kami tak mohon SMKA sebab Irdina focus SBP [SMSains]. SBPI pun dia tak mau cuba sebab pemilihan Sekolah Khusus 2023 ni kena buat pilihan sama ada nak SBP atau SBPI .. Jika pilih SBP/SBPI pun dah tak boleh nak pilih SMKA. So either 3 choice tu pilihan Irdina adalah SBP (SMS).
Berbalik kepada how Irdina dapat tawaran SMKA ni, bila rayuan ketiga dibuka, bonda mencuba nasib untuk hantar surat/emel kepada BPI untuk SMKA dan BPSBP untuk SMS. Sebab rayuan ketiga ni kita dah boleh submit serentak permohonan disebabkan pemilihan dibuat secara manual dan bahagian yang berlainan memproses permohonan. Pengisian kekosongan ini juga adalah disebabkan pelajar yang keluar setelah mendapat tawaran.
Alhamdulillah rezeki Irdina dapat SMKA kerana SMKA menawarkan lebih awal manakala SBP belum keluar tawaran. Balik sekolah, bonda bagitahu Irdina. Irdina agak "awkward" sebab dah selesa di SEKHAR. Tapi dia nak cuba ke sana. Kalau tak mampu teruskan, Irdina akan balik semula ke sini. Bonda ikutkan sahaja kerana bagi peluang, mana tahu boleh adapt dengan persekitaran disana. Kalau tak mampu pun, bonda tak paksa. Sekurangnya Irdina dah cuba dan dapat pengalaman.
Oleh itu, 21 Mei 2023 inilah tarikh keramat Irdina berpisah dengan bonda dan abi. Pendaftaran Irdina adalah secara solo sebab kawan 3rd intake yang lain banyak dah daftar minggu lepas. Irdina lah orang terakhir daftar bagi 3rd intake tempoh hari. Kita cuba dulu ya. Insya-Allah semoga dipermudahkan semua urusanmu sayang. Tidak pernah kita berpisah dalam keadaan begini. Allah sebaik-baik perancang. Kita simpan kenangan di sini.
Oh ya, kelengkapan memang tak sempat nak uruskan sebab minggu tu abi takde (outstation). Khamis malam baru balik. So hari Jumaat tu jugalah kita sempat beli kasut dan beberapa keperluan lain. Cuma tudung je tak sempat beli sebab tudung labuh ni susah nak dapat.
Friday, 27 May 2022
27 Mei 2022 ~ Jumaat
Harini Irdina ada majlis apresiasi kecemerlangan untuk pelajar kafa sesi 2021.
Semua pelajar termasuk pelajar Tingkatan 1 (2022) yang cemerlang diraikan harini.
Alhamdulillah. Kita simpan kenangan disini ya.
Bonda dah nak start aktif kembali blog dan youtube kita ni.
Moga ada masa terluang dan kekuatan. Sebab kenangan nak simpan dalam telefon agak susah.
Jadi kita simpan kat sini ye.
Kakak wawa pun ada juga.
Tahniah semua 👏💕
![]() |
| BFF |
| Tenaga pengajar. Terima kasih ustaz ustazah yang mengajar Irdina secara langsung dan tidak langsung. Ada juga yang dah pindah, |
| Simpan gambar kakak kat sini juga |
Tuesday, 24 May 2022
24 Mei 2022 ~ Selasa
Harini Irdina balik sekolah, bawa hamper besar.
Alhamdulillah. Tahniah sayang.!!
Rupanya Irdina dapat anugerah nilam kat sekolah.
Kita simpan sini sebagai kenangan yer.
Gambar ni cikgu kongsikan.
Bonda doakan Irdina terus berjaya dan bersemangat dalam melayari kehidupan.
Menang atau kalah dalam pertandingan adalah adat permainan.
Yang penting usaha, berani dan tawakkal.
.








































