MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Friday, 22 December 2023

TRIP TO HATYAI SONGKHLA, THAILAND : DAY 1 - SAMILA BEACH

16:30 0 Comments

 TRIP TO HATYAI SONGKHLA, THAILAND : DAY 1 - SAMILA BEACH

Destinasi selepas Chang Puak Camp adalah Samila Beach.

Kat Samila ni takde apa. Cuma pantai-pantai biasa. Ada orang jual makanan minuman. Kedai-kedai kecil jual baju-baju. Alaaa macam kat Langkawi, Pangkor tu. Hahahaa

So kat sini kita just amik gambar as kenangan. Cuaca pun panas gak la. Tapi still ok la. 

So hanya gambar je la kat sini boleh kita tinggalkan.










Selesai disini kita pusing je kat Chalatat Beach. Malas nak turun amik gambar kat kepala naga tu, sebab panas hahaha. Dari ekor naga tu nak ke kepala jauh bangat. Hiihii. Tengah-tengah timbul badan naga.

Then kita terus ke TangKuan Hill.



TRIP TO HATYAI SONGKHLA, THAILAND : DAY 1 - CHANG PUAK CAMP

10:58 0 Comments

TRIP TO HATYAI SONGKHLA, THAILAND : DAY 1 - CHANG PUAK CAMP


Lokasi pertama kita selepas melepasi border adalah makan tengahari..

Kita makan di kedai XX . So far makan kat sini biasa-biasa ja. 

Total makan-makan : 1050 baht.

Kat sini kita takde ambil gambar sebab dalam keadaan kekalutan. Hahahaaa

Seterusnya kita meneruskan perjalanan ke Chang Puak Camp untuk bertemu gajah-gajah Thailand. 

Entry fee ke sini adalah PERCUMA. Korang masuk je dalam tu takyah bayar. So boleh la nak  bergambar dalam tu ke nak selfie dengan gajah ke. 

Nak naik gajah ke or nak main game dalam tu je baru kena BAYAR.

So buat masa ni kita amik keputusan tak nak naik gajah lagi. Sebab kekangan masa dan bawa orang tua (nenek dan maktok).

Untuk beri gajah makan tak silap THB100 untuk sebakul pisang. Terlupa nak snap gambar.

Owh ya, satu lagi. Nanti sebelum keluar akan ada orang jual gambar-gambar kita dalam frame. THB200, so far kami tak beli sebab bukan gambar family. Gambar sorang-sorang dorang snap masa kita nak masuk ke kawasan tu.

Harga untuk aktiviti lain yang kena bayar seperti dibawah:


Gambar kenangan :












Selesai disini, kita teruskan perjalanan ke Samila Beach.



ITINERARY TO HATYAI SONGKHLA, THAILAND

10:56 0 Comments

Haiiii semua......

Dah lama tak update p jalan-jalan sana sinun kan... Lepas covid haritu PKP mengurung diri sampai la sekarang belum melangkah keluar dari Malaysia. 

Tapi alhamdulillah masih mencapai KPI setiap tahun akan ada trip family vacation holidays sama ada dalam Malaysia atau luar negara.

Alhamdulillah penghujung tahun 2o23 ni kita menutup tirai melangkah keluar ke negara jiran aka Thailand. Sesuatu yang dirancang tanpa perancangan (dok bernyanyi lama dah nak p tapi tak sampai-sampai n takdak perancangan dan akhirnya terpergi juga setelah discussion ringkas dibuat antara family). Orang kata yang tak planning tu lah jadi kan..

Kita share sikit itinerary kat sini yeah mana tahu ada yang menjengah kesini, boleh follow the trips.

Trip kali ni hanya 2 hari 1 malam je disebabkan ada yang esoknya nak kena balik n kerja. Jadi kekangan masa, kita decide untuk 2D1N sahaja.

DAY 1

  • Border Bukit Kayu Hitam
  • Sarapan Pagi
  • Chang Puak Camp Hatyai
  • Samila Beach
  • Tang Kuan Hill
  • Cafe Amazon
  • Masjid Central Songkhla
  • Hat-Yai Bikers Route 414 and Shooting Tai Gun Sport Association
  • Floating Market
  • Asean Night Bazaar - Dinner
  • Hotel 

DAY 2
  • Chabura Dim Sum
  • Kaysorn Souvenir
  • Big Bee Farm
  • Ranu Kohyo
  • Lunch at D'Hatyai Cafe & Restaurant
  • Kim Yong Market
  • 7E
  • Dannok
  • Border
Ok, jom terjah satu persatu.


.

.