MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Monday, 26 October 2020

# Camping

Beli Tent Arpenaz 4.1 Fresh & Black di Decathlon

 26 Oktober 2020 ~ Isnin

Hai semua.................

Harini lepas balik kerja, tunggu encik suami balik. Selesai je semua, kita bergerak ke Decathlon Shah Alam, gara-gara khemah yang ditunggu telah tiba..

Kami memilih Arpenaz 4.1 fresh & black sebab ia boleh dikatakan sesuai untuk kami 3 beranak. Hahahaaa selain tu, f&b menjadi pilihan utama kerana dari kebanyakan review mengatakan f&b ni sememangnya sejuk bila berada didalamnya walaupun ketika panas (kurang bahang). Selain tu, dalam dia berwarna hitam. So bila pasang lampu dalam tent pun agak gelap dan tak nampak orang didalam. Sebab tu antaranya kami memilih 4.1 f&b ni. Owhh ya agak berat juga ye nak diangkut. Heheheee

Mula-mula nak amik Inflatable Tent - Air Seconds 4.1 F&B. Tapi disebabkan husband kata agak kurang mencabar nak pasang (cewah) sebab dia just pam-pam. So kami amik Arpenaz tu je la. Boleh rujuk gambar dibawah ye. Gambar dari Decathlon.

Tunggu nanti bila kita dah gunakannya. PKPB lagi ni. takley nak ON lagi. Hahaa








Owh yaaaa.. Selain yang ni, sesampai disana. Tetiba husband berubah fikiran. Dari 1 dia angkat 2 tent. Hahaha berhantu Decathlon tu. So kami ambil satu lagi khemah kecil Camping Tent Arpenaz F&B 3 person ---> boleh tengok disini.

No comments:

Post a Comment

.

.