MAKLUMAN
Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".
Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.
Mohon diabaikan kecacatan itu.
Sekian, harap maklum :)
Saturday, 31 October 2020
Monday, 26 October 2020
26 Oktober 2020 ~ Isnin
Hai semua.................
Harini lepas balik kerja, tunggu encik suami balik. Selesai je semua, kita bergerak ke Decathlon Shah Alam, gara-gara khemah yang ditunggu telah tiba..
Kami memilih Arpenaz 4.1 fresh & black sebab ia boleh dikatakan sesuai untuk kami 3 beranak. Hahahaaa selain tu, f&b menjadi pilihan utama kerana dari kebanyakan review mengatakan f&b ni sememangnya sejuk bila berada didalamnya walaupun ketika panas (kurang bahang). Selain tu, dalam dia berwarna hitam. So bila pasang lampu dalam tent pun agak gelap dan tak nampak orang didalam. Sebab tu antaranya kami memilih 4.1 f&b ni. Owhh ya agak berat juga ye nak diangkut. Heheheee
Mula-mula nak amik Inflatable Tent - Air Seconds 4.1 F&B. Tapi disebabkan husband kata agak kurang mencabar nak pasang (cewah) sebab dia just pam-pam. So kami amik Arpenaz tu je la. Boleh rujuk gambar dibawah ye. Gambar dari Decathlon.
Tunggu nanti bila kita dah gunakannya. PKPB lagi ni. takley nak ON lagi. Hahaa
Owh yaaaa.. Selain yang ni, sesampai disana. Tetiba husband berubah fikiran. Dari 1 dia angkat 2 tent. Hahaha berhantu Decathlon tu. So kami ambil satu lagi khemah kecil Camping Tent Arpenaz F&B 3 person ---> boleh tengok disini.
Sunday, 4 October 2020
04 Oktober 2020 ~ Ahad
Alhamdulillah. Harini masa untuk kita bersukaria.
So harini abi rancang nak ke Kajang (kedai tayar).
Sebelum ke kedai tayar, kita singgah makan dulu.
Lokasi dia antara Kajang dan Bangi....... Kita pakai Waze ja sebab dah sampai Kajang, dah memusing tak tau nak makan kat mana. Umi google kedai makan viral Kajang. So jumpa la kedai ni -- CIBIUK --
Jom kita try kedai Viral ni.
Alhamdulillah makanan so far semua ok. Sedap...
Sumber : Rumah Makan Cibiuk |
Gambar kali ni tak berapa nak cun sebab kalut nak makan. Kelaparan.... Hahahaaa
Air kosong | Tembikai | Teh O Ais | Air Jeruk
Nasi Liwet Komplit Ayam Dara Bakar