MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Monday, 13 January 2020

# Berastagi # DanauLake Toba

Day 2 ~ Parapat

13 Januari 2020 | Isnin


Dari Tomok Village, kita sampai ke Parapat setelah menyeberangi tasik Toba selama lebih kurang 30-45 minit kot. Hahahaa tak ingat. Tapi lama juga la dok atas ferry tu.









Sesampai disini kita ke kedai makan terus disamping kelaparan....

Menu ni dah siap sedia di order oleh tour guide.
So sampai je kita dihidangkan makanan.

Cumanya makanan ni agak kesejukan mungkin sebab dah sedia lama dan kita sampai ke kedai ni lebih kurang jam 2pm lebih.



Selesai makan kita ke Hotel. Sebelum sampai ke hotel kita singgah dahulu di Pantai untuk bergambar. Actually kalau ikut itinerary disini kita boleh mandi, naik jetsky dan sebagainya. Tapi disebabkan sunyi sepi je kat pantai ni. Jetsky apa semua pun takde. Sebab bukan waktu cuti. So bukan rezeki kita la nak main pantai. 

Selesai bergambar, kita terus menuju ke Hotel hampir jam 3.30pm. 
Alhamdulillah Hotel 2 ni memuaskan. Bersih dan lengkap. So kita just melepak di Hotel je sampai esok pagi. Memula minta katil single 2. Pastu masuk tengok cam susah nak satukan, hehe. So p tukar amik katil Queen je. Senang tidur satu katil.

Kat hotel ni actually ada pool. Tapi sayangnya masa kita sampai tu, pool yang dewasa tu kosong sebab dorang tengah cuci dan baru masukkan air. So nak tunggu air tu penuh katanya sampai esok petang gitu.. Macam tak percaya je punya lama nak penuh air tu. Tapi itulah realitinya. Hahaha

Yang ada pool  budak je la. Irdina jela mandi sekejap melepas gian. Takde rezeki bawak baju swimming nak mandi. Huhuu










Sebelah malam kita just dinner disini juga. Alhamdulillah makanannya pun ok. 
Umi tambah 2x sebab second round tu umi makan nasi putih + sup je. Memang layan lah sebab cuaca sejuk kan. Air yang disediakan memang air suam je, takde air manis-manis. 

Selesai makan, kita bergambar sekejap melihat kegelapan malam. Then kita masuk bilik tidurrrrr ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz 




























No comments:

Post a Comment

.

.