MAKLUMAN



Untuk makluman. Blog ni masih dalam proses "pemulihan".


Jadi jika ternampak sebarang kecacatan seperti tab tidak berfungsi, link dan sebagaimananya.


Mohon diabaikan kecacatan itu.


Sekian, harap maklum :)




Paparan terbaik menggunakan Google Chrome

Sunday, 4 December 2016

Salam Noodles

20:30 0 Comments

Hari ni lepas seharian dirumah menunggu MrSharol pasang rak ikea dan kami bersama-sama mengemas rumah. Terasa perut lapar pula. Walhal dah makan nasi goreng pagi tadi kami masak banyak. Makan dua round. 

Kiranya ni nak mencari dinner laa. Hehee
Semalam teringat ada lalu kot Bangi tu ada sebuah kedai makan macam menarik ja.
So today we decide nak cuba makan di kedai tu.

Salam Noodles..... First time nak masuk nie.kami ada juga tertanya. ada nasi ka dalam tu. hehehee oleh kerana tak pernah tahu pasal kedai ni so jom la kita p terjah. Ushar-ushar dulu, kalo takde kita keluar carik kedai lain. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Ececeee.

Dah survey, yes dalam kedai ni ada juga jual makanan berbentuk nasi. hehee ni sebab kehendak MrsWife nak sangat makan nasi sebab perut agak berkeroncong. Ciaaaa...

Kebanyakan menunya adalah Noodles sesuai ngan nama kedai la kan.
So kami order Mutton Curry Rice and Mr Husband order Mutton Curry Soup Noodles.

Pastu dok belek-belek la dua orang kami cari menu air. Hurmmmm memang takdak lah menu air. Mr Husband terpandang air-air yang dah tersedia di satu sudut. "Agaknya air tu je kot yang ada" hehee. Memang betul sangkaan kami. Waiter tu cakap air disitu sahaja dan semua air tu adalah PERCUMA. Diulang sekali lagi FREE and refill lah sampai perut kamu buncit and kembung. Heeeee

Konsep kedai ni sangat simple. Amik kertas dan tandakan menu yang kita nak. Then p kaunter, wat bayaran. Pastu datang duduk balik and tunggu makanan sampai. Tak lama pon makanan sampai. Air pulak memang banyak pilihan. Air bergas (yang macam kat kedai-kedai KFC McD tu la + Ice Lemon Tea + Sirap + Anggur + Teh Cina pon ada.

Yang paling best sebab makanan dia memang sangat MURAH. Next time nak datang lagi nak try menu lain pulak dan yang paling penting is SEDAP.!


Ni ada sedikit perkongsian gambar yang sempat di snap. Heee




Set Mutton Curry Rice
Mutton Curry Soup Noodles




.

.